My Soccer World

The Gunners Kembali Rampas Takhta Liga

Posted on: January 31, 2008

ADEBAYOR (kiri) bersaing dengan pemain Newcastle, Steven Taylor di Stadium Emirates kelmarin.

LONDON – Arsenal kembali merampas kedudukan teratas dalam saingan Liga Perdana England selepas menang 3-0 ke atas Newcastle United kelmarin.

Kemenangan itu adalah yang kedua bagi skuad kendalian Arsene Wenger ke atas skuad The Magpies dalam tempoh empar hari.

Emmanuel Adebayor, Mathieu Flamini dan Francesc Fabregas masing-masing menjaringkan satu gol untuk Arsenal yang menewaskan Newcastle dengan jaringan yang sama (3-0) pada pusingan keempat Piala FA Sabtu lalu.

Hasil daripada kemenangan itu, skuad The Gunners mengumpul 57 mata, tiga mata mengatasi Manchester United yang menentang Portsmouth awal pagi tadi.

“Bagi kami, adalah sesuatu yang baik untuk menang malam ini (kelmarin) dan lihat apa yang mereka (United) lakukan esok (hari ini),” kata Wenger.

“Masih terlalu awal untuk memperkatakan tentang setiap satu keputusan. Apa yang penting bagi kami adalah menyamai United dan Chelsea sehingga April. Jadi, kami perlu konsisten dan menang dalam semua perlawanan.”

Pada pertemuan kelmarin, Adebayor meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-40 selepas bijak menyambar hantaran lintang daripada Mathieu Flamini untuk menjaringkan gol yang ke-16 musim ini.

Flamini menambah gol kedua pada minit ke-72 menerusi satu rembatan kencang manakala Fabregas menerima hantaran daripada Nicklas Bendtner untuk menjaringkan gol ketiga pada minit ke-80.

Pemain tengah Newcastle, Joey Barton beraksi buat pertama kalinya sejak 23 Disember lalu apabila diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-57.

Pada perlawanan lain kelmarin, Bolton seri tanpa jaringan dengan Fulham, Middlesbrough menang 1-0 ke atas Wigan dan Sunderland menewaskan Birmingham 2-0. – AP

Kosmo

Leave a comment

Blog Stats

  • 40,078 hits

Top Clicks

  • None

Categories