My Soccer World

Archive for December 2006

ROTTERDAM, Belanda – Feynenoord menutup aksi tahun ini dengan menewaskan Excelsior 3-1 kelmarin untuk menduduki tangga keempat bola sepak Liga Belanda.

Danny Buijs memulakan jaringan awal selepas 31 minit permainan apabila dia mengutip hantaran Jonanthan de Guzman, mengelecek dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat.

Kesilapan penjaga gol Excelsior, Theo Zwarthoed membuka peluang kepada Nicky Hofs mencipta jaringan kedua sekali gus membolehkan Feyenoord mendahului 2-0 lima minit sebelum rehat.

Stein Huysegms menambah gol ketiga pada awal babak kedua.

Pemain gantian Johan Voskamp berjaya menjaringkan gol sagu hati untuk tuan rumah 10 minit sebelum tamat.

PSV Eindhoven menjadi tuan rumah kepada Den Haag kini berada di tangga teratas dengan 50 mata daripada 19 perlawanan, sembilan mata mengatasi Ajax Amsterdam yang akan bertandang ke NEC Nijmegen.

AZ Alkmaar di tempat ketiga dengan 40 mata akan menjadi tuan rumah menentang Roda JC, hari ini.

Feyenoord memungut 39 mata manakala Excelsior yang berada tiga anak tangga terbawah dengan 16 mata

– Reuters.

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan memberi sebarang kelonggaran jika terdapat pasukan negeri atau kelab yang meminta penangguhan perlawanan dengan alasan tidak mendapat penerbangan pergi atau balik.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad berkata, adalah tidak wajar Persatuan Bola Sepak Sarawak (PBS) meminta penangguhan ketika bertemu Kedah, Sabtu lepas sedangkan mereka telah mendapat jadual perlawanan untuk semua saingan dalam Liga Malaysia sebelum kempen musim 2006/2007 bermula.

Menurutnya, pelepasan yang diberikan kepada PBS apabila FAM menerima permintaan mereka adalah yang terakhir.

Beliau berkata, selepas ini FAM tidak akan melayan mana-mana permohonan perubahan jadual atau penangguhan perlawanan dengan alasan tidak mendapat tiket penerbangan pergi atau balik.

”Jika ada pasukan negeri atau kelab meminta penangguhan perlawanan kerana masalah penerbangan kita tidak layan dan perlawanan yang sepatutnya diadakan itu tetap akan diteruskan.

”Jika pasukan itu tidak hadir juga kemenangan akan diberikan kepada tuan rumah,” ujarnya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu beliau berkata, dua kelab Plus FC dan Kuantan Port/SM Pahang yang bertanding dalam Liga Perdana di denda RM1,000 kerana melanggar peraturan membuat pindaan perlawanan di saat-saat akhir.

Menurut beliau, kedua-dua kelab tersebut melanggar peraturan pertandingan Liga M 2006-2007, perkara 3 perenggan 3.9.3 kerana membuat pindaan tidak cukup notis 15 hari.

”Sebelum ini FAM tidak mengenakan sebarang tindakan atau denda tetapi tahun ini kita mengubahnya kerana tidak mahu terlalu banyak pindaan hingga boleh menjejaskan perjalanan liga.

”Saya amat berharap kepada persatuan negeri dan kelab agar tidak kerap membuat pindaan perlawanan yang telah ditetapkan oleh FAM melainkan sesuatu perkara penting yang tidak dapat dielakkan.

”Jika ada yang melanggar peraturan FAM tidak akan teragak-agak mengenakan denda seperti yang berlaku ke atas Plus FC dan Kuantan Port/SM Pahang,” tegasnya.

Sehubungan itu katanya, kedua-dua kelab terbabit diberi tempoh dalam masa 14 hari daripada tarikh surat keluarkan bagi menjelaskan bayaran denda tersebut.

Powered by Utusan Malaysia


Easy win for Sevilla

MADRID:

Sevilla finished the year on a high with a 4-0 win over Deportivo Coruna on Wednesday, ensuring it remains top of the Primera Liga over the Christmas break.

Striker Frederic Kanoute scored two goals to take his tally for the season to 14, Luis Fabiano weighed in with a fine header and fellow Brazilian Daniel Alves struck a superb free kick to spark wild celebrations at the Sanchez Pizjuan.

Real Madrid slipped to an embarrassing 3-0 home defeat by Recreativo Huelva in a match overshadowed by the death of three visiting fans and the driver after a supporters’ coach crashed on the way to the game.

Former Liverpool striker Florent Sinama-Pongolle hit the first goal 10 minutes before halftime after spinning past World and European Player of the Year Fabio Cannavaro.

Nigerian striker Ikechukwu Uche added to Cannavaro’s misery when he shimmied past the Italian before firing in the second goal seven minutes after the break.

Midfielder Emilio Viqueira completed the rout with a stunning freekick in the final minute.

The results:

Primera Liga: Real Madrid 0 lost to Recreativo Huelva 3; Sevilla 4 bt Deportivo Coruna 0; Celta Vigo 0 drew with Real Sociedad 0; Getafe 0 lost to Espanyol 1; Gimnastic 0 lost to Real Betis 1; Osasuna 2 bt Levante 1; Racing Santander 2 bt Villarreal 1.

Serie A: AC Milan 3 bt Catania 0; Atalanta Bergamo 1 lost to Udinese 2; Cagliari 0 lost to Fiorentina 2; Chievo Verona 3 bt Reggina 2; Empoli 1 bt Siena 0; Lazio 0 lost to Inter Milan 2; Messina 1 drew with Parma 1; Palermo 4 bt Ascoli 0; Sampdoria 4 bt Livorno 1; Torino 1 lost to AS Roma 2. — Agencies


Hindu On Net

PENYERANG Terengganu, Abdul Manaf Mamat (kanan) menghalang pemain Perak, Danial Fadzly Abdullah dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, semalam.

KUALA LUMPUR – Juara Sumbangsih, Perlis terus unggul apabila meraih kemenangan selesa menewaskan Melaka 3-0 dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, semalam.

Kemenangan tersebut memastikan Perlis kekal selaku pendahulu liga selepas menewaskan Pahang 2-1 dalam perlawanan pembuka tirai Sabtu lalu.

Azlan Ismail menjadi tonggak kemenangan skuad Singa Utara apabila menyumbang dua gol manakala satu lagi menerusi Philimon Chepita.

Azlan menemui sentuhan jaringan seawal minit ketiga apabila menanduk masuk hantaran Shahriman Che Omar dan pada minit ke-29, dia menambah gol kedua.

Melaka yang tidak mampu menyaingi kehebatan Perlis rebah lagi. Kali ini giliran permata hitam Philimon Chepita menanduk sepakan sudut Jurad Chamrong.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kesempatan bermain di gelanggang sendiri dalam perlawanan pembukaan tidak membawa tuah buat Terengganu apabila sekadar seri 0-0 dengan Perak.

Hujan yang turun sebaik perlawanan bermula tidak menjanjikan perlawanan menarik dalam keadaan sebahagian padang ditakungi air.

Begitupun, satu mata yang diraih pastinya melegakan buat kedua-dua pasukan.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Kedah menebus kekalahan kepada DPMM FC dari Brunei Sabtu lalu apabila bangkit mengutip tiga mata penuh menewaskan naib juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan Naza 1-0.

Gol kemenangan Kedah dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Saramsak Kram pada minit ke-75 yang merembat kencang bola lantuan ketua pasukan Khairul Anuar Baharom.

Sementara itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Telekom Melaka mempamerkan aksi cemerlang apabila mudah menewaskan Selangor 2-1.

Tengku Hasbullah Raja Hassan muncul hero Telekom apabila menjaringkan kedua-dua gol kemenangan pada minit kelima dan 50 buat mengutip tiga mata berharga.

Selangor sekadar merapatkan jurang menerusi jaringan Mohd. Amri Yahyah pada minit ke-80.

Di Stadium Sarawak, kejutan berlaku apabila Johor FC mencatat kemenangan pertama menewaskan Sarawak 2-1.

Fahruzzahar Ali muncul wira Johor FC apabila menyumbangkan kedua-dua gol kemenangan pada minit ke-22 dan 82 manakala gol sagu hati Sarawak pula dijaringkan oleh Joseph Kalang.

Dalam pada itu, di Stadium Sultan Hasanal Bolkiah, DPMM FC sekadar mampu mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Pulau Pinang.

Pulau Pinang membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi jaringan Mohd. Saufi Hamzah tetapi 10 minit sebelum tamat Viban Francis Bayong menyamakan kedudukan 1-1.

Powered by Utusan Malaysia

LONDON : Flights to London Heathrow Airport were to remain severely disrupted by fog on Thursday, with many domestic flights and short-haul flights scrapped and international services subject to delay.

Due to expected severe fog, British Airways cancelled all its domestic flights in and out of the world’s busiest international passenger airport for Thursday. Several of its European services were also scrapped.

BA’s long-haul flights were operating with a delay on Wednesday, while Lufthansa and Alitalia flights were the next worst affected as fog restricted the flight slots.

“British Airways has so far cancelled around 180 short-haul and domestic flights to and from London Heathrow on Thursday, out of a normal daily total of 400 short-haul flights,” the flag carrier said in a statement.

“The fog is likely to remain over southeast England for the next 48 hours and will also impact British Airways’ operations at London Gatwick,” BA warned.

Air Traffic Control significantly reduced the number of flights that can land and take-off each hour at Heathrow for Thursday.

“At this stage it is anticipated that the airport will only be able to manage around 50 percent of the normal landings and take-off rates,” BA explained.

Customers were advised to check with their airline before travelling.

Wednesday’s short-haul and European services from Heathrow suffered significant disruption.

“There have been 223 cancellations out of the 1,300 flights we operate per day,” a Heathrow spokesman told AFP, adding that the vast majority of the affected flights were domestic.

Eighteen short-haul flights were cancelled on Wednesday at London Gatwick, Britain’s second biggest airport, while some flights in and out of Liverpool were scrapped and some Cardiff-bound planes were delayed or diverted to Bristol.

The fog enveloping parts of Britain has also disrupted ferry services with Ireland and forced the postponement of Tuesday’s League Cup quarter-final football match between Liverpool and Arsenal. – AFP/de

Channel News Asia

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR – Peminat bola sepak tanah air akan dapat mengikuti siaran langsung laporan TM Liga Malaysia musim 2006/2007 menerusi stesen-stesen radio seperti Era, Sinar FM, THR Gegar dan Xfresh.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia (TM), Datuk Abdul Wahid Omar berkata, TM telah bekerjasama dengan AMP Radio Networks untuk mempromosikan Liga Malaysia musim baru ini.

Menurut beliau, kerjasama yang diberikan oleh AMP akan dapat memainkan peranan penting bagi menyemarakkan populariti sukan bola sepak tempatan di kalangan rakyat Malaysia.

”Mereka akan terlibat dalam promosi TM Liga Malaysia melalui siaran ke udara, secara dalam talian dan aktiviti-aktiviti di lokasi perlawanan serta menyokong fiesta TM ‘Syoknya Bola’,” ujar Abdul Wahid pada majlis pelancaran logo TM Liga Malaysia di sini, kelmarin.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Datuk Redzuan Tan Sri Sheikh Ahmad, Naib Presiden FAM, Datuk Raja Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Mengulas lanjut beliau berkata, stesen-stesen radio seperti ERA, Sinar FM, THR Gegar dan Xfresh akan menyiarkan berita mengenai perkembangan TM Liga Malaysia.

Menerusi perkongsian TM dan AMP kata Abdul Wahid, ia akan menambah nilai terhadap usaha untuk menghidupkan kembali sukan bola sepak negara.

Ujarnya, dengan penyertaan tersebut AMP membuka satu lagi jalan dengan TM Liga Malaysia untuk menjangkau pelbagai peringkat masyarakat tempatan seterusnya meningkatkan jumlah penonton bola sepak.

Selain itu juga kata beliau,TM turut melancarkan portal bola sepak yang baru dibangunkan dan dikenali sebagai tmfootballchannel.com.

Kata Abdul Wahid, portal di http://www.tmfootballchannel.com menawarkan liputan yang paling komprehensif sukan bola sepak negara .

”Portal ini akan menawarkan berita-berita terkini mengenai pemain dan pasukan selain perkembangan terkini jaringan, ramalan serta segmen perlawanan mingguan,” ujarnya lagi.

Powered by Utusan Malaysia

LIVERPOOL – Chelsea akan turun beraksi menentang Everton hari ini dengan penyerangnya, Arjen Robben berkata memenangi Liga Juara-juara lebih bermakna bagi kelab bola sepaknya itu daripada mempertahankan gelaran Liga Perdana England.

Pasukan Jose Mourinho mengekori pendahulu liga, Manchester United yang bertandang ke tempat lawan menentang pasukan bermasalah, West Ham pada hari yang sama, dengan kekurangan lima mata.

Ia satu tempat yang tidak digemari Mourinho selepas pasukannya menguasai Liga Perdana selama dua musim lalu.

Namun penyerang Belanda, Robben berkata, Liga Juara-juara menjadi agenda utamanya di Stamford Bridge kerana Chelsea tidak pernah ditabalkan sebagai juara Eropah.

Kelab London itu menghadapi laluan berliku dalam 16 perlawanan lalu dengan juara Portugal, Porto berjaya memenangi pertandingan itu ketika di bawah bimbingan Mourinho pada 2004.

“Kami telah memenangi liga sejak dua tahun lalu dan kami tidak pernah memenangi Liga Juara-juara setakat ini,” kata Robben, 22.

“Jika anda lihat dari sudut itu, anda mungkin akan mengatakan Liga Juara-juara lebih penting. Kami lebih menumpukan Liga Juara-juara sejak musim lalu.

“Tahun lalu, kami memang mahu memenanginya dan pada tahun pertama, saya di sini, kami mara ke separuh akhir.

“Kami kalah kepada Barcelona, musim lalu dan ia satu tamparan. Namun jika anda berada dalam kelab seperti Chelsea, anda mahu memenangi setiap perlawanan.

“Semuanya berkaitan hadiah kemenangan dan jika anda menang Liga Juara-juara, bererti andalah yang terbaik di Eropah, justeru ia mungkin hadiah yang terbaik dan sudah tentu kami mahu menenanginya.

“Kami telah mencatat sejarah kerana kami memenangi liga dua kali berturut-turut, tetapi kami pasti mahu menambahnya dan memenangi Liga Juara-juara,” kata Robben.

Dia yang memburu gol sulungnya di Goodison Park musim ini menegaskan Chelsea masih bertekad mahu mencipta kejayaan hatrik dalam saingan Liga Perdana dan mereka begitu yakin dapat memintas kedudukan United.

Barisan Sir Alex Ferguson berada sembilan mata jauh di hadapan, Sabtu lalu tetapi kelebihan itu boleh dihampiri jika West Ham mengejutkan mereka di Upton Park dan Chelsea menewaskan Everton.

Pemburuan Liga Perdana berubah menjadi saingan dua pasukan dan Robben, bekas pemain PSV Eindhoven, kecewa jika Arsenal gagal bersaing sengit.

“Saya fikir amat bagus untuk bola sepak jika ada tentangan,” tambahnya.

– AFP

Utusan Malaysia

ROME – Bekas pemandu lumba kereta Formula Satu (F1), Clay Regazzoni terbunuh dalam nahas lebuh raya di Itali, kata bekas pasukannya, Ferrari.

Kemalangan itu dikatakan berlaku dekat Parma, utara Itali.

Mendiang yang juga warga Switzerland, merupakan pemandu lama bersama pasukan dari Itali itu tetapi menggunakan kerusi roda sejak 1980.

Dia pernah mengalami kecederaan tulang belakang dalam kemalangan ketika Grand Prix Amerika Syarikat di Long Beach, California.

Regazzoni, 67, menjadi naib juara dalam Kejohanan Dunia F1 pada 1974.

Regazzoni memandu untuk pasukan Ferrari dari tahun 1970-72 dan 1974-76. Dia menjuarai Grand Prix Itali untuk pasukan Itali itu pada 1970 dan 1975, GP Jerman pada 1974 dan GP Amerika Syarikat pada 1976.

Dia muncul naib juara di belakang Emerson Fittipaldi dalam kejuaraan F1 pada 1974.

Regazzoni membantu Ferrari menjuarai kategori pengeluar kali ketiga dan keempat pada 1975 dan 1976, menduduki tempat kelima keseluruhan pada kedua-dua tahun berkenaan.

Rakan sepasukannya ketika itu, Niki Lauda dari Austria muncul juara dunia pada 1975.

– AP

Utusan Malaysia


Leverkusen advances

LONDON: Bayer Leverkusen, Livorno, Osasuna, Lens, and Sporting Braga captured the last five spots for the knockout round of the UEFA Cup football on Thursday.

Leverkusen needed late goals to knock out Besiktas 2-1 while Livorno won 1-0 at Auxerre to eliminate the French club. Osasuna scored a 3-0 victory at group winner Parma, Braga beat Grasshoppers 2-0 to knock out Slovan Liberec, and Lens advanced despite losing 1-0 at Dutch club Heerenveen.

The top three in each of eight groups qualified for Friday’s knockout draw at UEFA headquarters at Nyon, Switzerland, and eight clubs who finished third in their Champions League groups join them.

Starting in last place in Group B, Leverkusen captured the third spot from Besiktas by beating the Turkish club 2-1 and eliminating the visitor. The German side qualified for Friday’s draw with group winner Tottenham and second place Dinamo Bucharest.

Schneider shines

Until a goal by experienced World Cup player Bernd Schneider 12 minutes from the end, however, Leverkusen appeared to be going out. But Schneider scored from the rebound after goalkeeper Vedran Runje had blocked a penalty by Mirko Babic.

Sergej Barbarez added a second with three minutes to go but a penalty by Brazilian star Ricardinho in the final minute was the only response from Besiktas.

The results: Group A: Livorno bt Auxerre 1-0, Rangers bt Partizan 1-0. Group B: Bayer Leverkusen bt Besiktas 2-1, Tottenham bt Dinamo Bucharest 3-1. Group C: AZ Alkmaar bt Sevilla 2-1. Braga bt Grasshoppers 1-0.

Group D: Osasuna (Spain) 3 bt Parma 3-1. Heerenveen bt Lens 1-0. — AP


Hindu On Net

LONDON – Didier Drogba showed Chelsea will not give up the Premiership title without a fight as his late goal clinched a 1-0 win against Newcastle on Wednesday.

Jose Mourinho’s side are now five points behind leaders Manchester United and should have renewed belief they can overhaul Sir Alex Ferguson’s side after this hard-fought victory.

Chelsea can heap more pressure on United if they win at Everton on Sunday as their match takes place before Ferguson’s team visit West Ham later the same day.

The champions were well below their best for long periods against resilient Newcastle and had to wait until 16 minutes from full-time before Drogba finally made the breakthrough at Stamford Bridge.

It took a fine combination from two men Mourinho had left on the bench to win the match as Andriy Shevchenko set up Drogba for his 15th goal this season.

Shevchenko has endured a miserable time since his 30 million pounds pre-season move from AC Milan and it was hard to avoid the suspicion that Mourinho had finally lost patience with the Ukraine striker when his name appeared among the substitutes.

Arsenal manager Arsene Wenger had described Shevchenko as a broken-down Ferrari earlier this week but the forward was running smoothly enough during his cameo appearance.

Salomon Kalou created an early chance for Shaun Wright-Phillips with a flick from Geremi’s throw, but the Chelsea winger completely miscued his shot from no more than six yards.

Kalou looked determined to seize his chance and the Ivory Coast forward’s surging run past three defenders set up Frank Lampard for a long range strike.

Newcastle have been ravaged by an injury crisis that left them without 13 senior players for the trip to London, but Glenn Roeder’s threadbare side almost snatched the lead in the 16th minute.

Obafemi Martins hassled Ricardo Carvalho into conceding a corner and James Milner’s delivery was headed onto the crossbar by French midfielder Antoine Sibierski.

Newcastle’s Giuseppe Rossi is on-loan from Manchester United and the tiny striker almost did his Old Trafford team-mates a huge favour with a fierce effort that was just off-target in the 35th minute.

Chelsea were uncharacteristically subdued and it took 40 minutes before Shay Given was forced to make a save, and even then the Newcastle captain easily held Lampard’s shot.

Mourinho rang the changes at half-time, with Claude Makelele and Drogba introduced as he tried to shake his team out of their lethargy.

The substiutions nearly reaped an instant reward as Drogba flashed a header wide from Arjen Robben’s cross.

Given had to use his legs to alertly block Robben’s low inswinging free-kick on the hour, but that was a rare sight of goal for the champions.

With the gap to United in danger of widening to a formidable margin, Mourinho’s last throw of the dice was to send on Shevchenko with 25 minutes to go.

His gamble paid off in spectacular fashion as Shevchenko helped Chelsea end Newcastle’s defiant rearguard action in the 74th minute.

Robben picked out Shevchenko’s run into the penalty area and the Ukrainian’s cross was perfectly-weighted for Drogba to turn past Given from close range.

– AFP /ls

Channel News Asia


Blog Stats

  • 40,012 hits

Top Clicks

  • None

Categories