My Soccer World

Archive for the ‘Aleksander Duric’ Category

Pilihan Liga-S buru kemenangan ketiga berturut-turut

OlehZainal Jamari

DUA pemain veteran disertakan dalam skuad Pilihan Liga-S yang kelihatan kuat untuk perlawanan mempertahankan Piala Sultan Selangor di Shah Alam hujung minggu ini.

Jurulatih, V. Sundram Moorthy, telah menyertakan pemain midfield Tampines Rovers, Rafi Ali, dan Mohd Noor Ali dari Geylang United, ke dalam skuad 20 orang.

Rafi telah 77 kali mewakili Singapura sementara Noor Ali pula telah 44 kali menyarung jersi negara.

Daripada skuad 20 orang yang akan ke Shah Alam itu, 14 adalah bekas pemain dan pemain skuad Singapura sekarang, termasuk 10 yang mewakili Singapura dalam perlawanan-perlawanan kelayakan Piala Dunia yang baru berakhir.

Singapura telah memenangi Piala Sultan Selangor sejak dua tahun lalu dan berharap dapat mencatat hat-trick dalam pertemuan kali ini.

Singapura memenanginya buat pertama kali dalam 2006, mengalahkan Selangor 3-0 di Stadium Negara – kali terakhir acara tahunan itu diadakan di sini.

Pada tahun berikutnya, Singapura menang 3-1 di Shah Alam.

Sebelum perlawanan itu, satu pertemuan antara pasukan veteran Singapura dengan Selangor akan dilangsungkan.

Para peminat boleh mengingat kembali zaman Piala Malaysia apabila Sundram, Dollah Kassim, Robert Sim, Lee Bee Seng, Haslir Ibrahim, Malek Awab, Salim Moin, Samad Allapitchay, Yahya Madon dan Syed Faruk menyarung jersi Singa sekali lagi untuk menentang ‘musuh ketat’ mereka Selangor.

Juara perlawanan utama akan memenangi hadiah RM50,000 ($20,900) sementara pemenang perlawanan kedua akan memenangi hadiah RM10,000.

Tiket untuk menyaksikan perlawanan berharga $3 dan boleh dibeli di Pejabat FAS, Jalan Besar, dari 10 pagi hingga 6 petang sehingga Jumaat ini.

Skuad Pilihan Liga-S: Lionel Lewis, Razif Yahaya, Precious Emuejeraye, Kaze Teffo Giscard, Ali Imran Lomri, Park Mun Ki, Mohd Noh Rahman, Jufri Taha, Mohd Noor Ali, Rafi Ali, Isa Halim, Shahril Ishak, Shi Jiayi, Fahrudin Mustafic, Shahdan Sulaiman, John Wilkinson, Mohd Khairul Amri, Aleksander Duric, Gabriel Obatola dan Aliff Safaein.

Veteran Singapura: Lim Chiew Peng, Lee Bee Seng, Samad Allapitchay, Razali Saad, Robert Sim, Au Yeong Pak Kuan, Haslir Ibrahim, Terry Pathmanathan, Gulam Mohamed, Ishak Saad, Yahya Madon, Syed Faruk, Malek Awab, D. Tokijan, Salim Moin, Shamsudin Rahmat, Dollah Kassim, V. Sundram Moorthy, Abdullah Noor dan Ho Kwang Hock.

Mereka yang berminat boleh mengikuti pakej pelancongan U-Turn berharga $55 atau penginapan satu malam di Hotel May Tower dengan harga $130 seorang.

Sila telefon Akbar Hashim, 9664-4942 untuk butir lanjut.

Cyberita

OlehMohd Sani Ali

HARAPAN skuad negara untuk meniti lebih jauh dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Afrika 2010, kelihatan kabur.

Walaupun berjaya bangkit untuk memberikan tentangan kepada Uzbekistan dalam perlawanan timbal balas Zon Asia Kumpulan D di Tashkent Sabtu lalu, kekalahan 0-1 cukup membuat skuad pimpinan jurulatih Radojko ‘Raddy’ Avramovic bakal terkilan.

Ini disebabkan Arab Saudi, yang juga merupakan saingan Singapura untuk merebut dua tempat dari kumpulan yang sama ke pusingan keempat, mengatasi Lebanon 2-1 bagi mengukuhkan kedudukan di belakang Uzbekistan yang memungut 12 mata penuh daripada empat perlawanan tanpa kalah.

Hasrat Singapura, yang membaiki persembahannya selepas dibenam 3-7 di Stadium Negara Isnin lalu, hendak mengutip satu mata selepas memberikan saingan kepada Uzbekistan di padang lawan akhirnya berderai apabila pintu gawang yang dikawal Lionel Lewis runtuh pada minit ke-80.

Jaringan tunggal Alexander Geynrikh itu juga cukup menempatkan Uzbekistan sebagai pasukan pertama layak ke pusingan empat dan terakhir.

Uzbekistan, bekas pemenang pingat emas Sukan Asia Hiroshima 1994, terbukti unggul walaupun penjaga gawangnya, Timur Juraev, diuji oleh percubaan Aleksander Duric dan John Wilkinson.

Kehadiran kapten pasukan, Indra Sahdan Daud, yang terlepas beraksi dalam perlawanan pertama, masih belum cukup kerana Uzbekistan kelihatan lebih mengacam.

‘Para pemain bermain jauh lebih baik berbanding perlawanan pertama. Kami mengawal permainan separuh masa pertama tetapi kegagalan mereka memanfaatkan peluang menjadi penghalang matlamat kami untuk menang,’ kata Raddy.

‘Saya telah memberitahu kepada para pemain bahawa matlamat kami ialah untuk memungut tiga mata dan kami bermain dengan corak menyerang. Jika kami mempunyai azam untuk mencatat kemenangan, sekurang-kurangnya kami masih berupaya mencatat keputusan seri. Tetapi ini tidak terjadi. Inilah bola sepak,’ tambah Raddy.

Singapura kini ketinggalan di tempat ketiga dengan tiga mata dan perlu mengutip mata penuh dalam dua perlawanan akhir menentang Arab Saudi dan Lebanon dan mengharapkan Uzbekistan mengalahkan Arab Saudi sekali lagi.

Dalam perlawanan lain, Bahrain seri 1-1 dengan Thailand, Iran dan Iraq pula masing-masing mengatasi Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Australia 1-0.

Bagaimanapun, harapan China untuk ke Afrika pula disentak Qatar apabila ia kalah 0-1.

Korea Selatan pula mengalahkan Jordan 1-0; Jepun seri 1-1 dengan Oman dan Korea Utara mengatasi Turkmenistan 1-0.

Cyberita

PIALA AFC
Tiada laluan mudah bagi dua wakil S’pura

SAFFC diundi menentang kelab
Oman manakala Home perlu
atasi halangan kelab India

By Mohd Sani Ali

TIADA lawan yang mudah apabila bertarung dalam perlawanan kalah mati di peringkat suku akhir Piala AFC yang akan berlangsung September ini.

Ini merupakan pengakuan jurulatih pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFFC), Richard Bok, juara Liga-S NTUC Income-Yeo’s, semasa mengulas keputusan undian yang menemukan mereka dengan Al Nahda dari Oman.

‘Kami langsung tidak tahu mengenai Al Nahda tetapi beberapa pemain kami mempunyai pengalaman bermain dengan pasukan nasional Oman dan tentunya mereka tahu sedikit-sebanyak mengenai kekuatan kelab itu,’ demikian ulas Bok merujuk kepada undian yang dijalankan di ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur kelmarin.

‘Kami akan berusaha mendapatkan pita rakaman permainan Al Nahda dan pandangan Raddy (Avramovic, jurulatih skuad nasional Singapura) mengenai kekuatan para pemain Oman,’ ujar Bok lagi.

Pemain SAFFC seperti Aleksander Duric, Daniel Bennett dan John Wilkinson – yang pernah bermain menentang Oman – pasti menjadi aset bagi Bok semasa membuat persiapan pertemuan yang akan dijalankan di Stadium Jalan Besar pada 16 September ini.

Bagaimanapun, SAFFC agak bertuah kerana sebahagian besar pemain nasional Oman tidak bermain dalam liga setempat, sebaliknya mereka beraksi di luar negara.

Bagi jurulatih Home United FC pula, P.N. Sivaji, pertemuan mereka dengan wakil India, Dempo FC, di padang lawan disifatkan sebagai ‘satu kelebihan’ jika pertarungan terpaksa diputuskan dengan tendangan penalti dalam pertemuan kedua di padang sendiri nanti.

Semua perlawanan kedua peringkat separuh akhir dijadualkan pada 23 September.

‘Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mereka tetapi kami tahu Dempo adalah kelab teratas dalam Liga India, ini sekali gus turut membayangkan tugas berat yang bakal kami hadapi,’ jelas Sivaji.

‘Kami akan berusaha mengumpul sebanyak maklumat mengenai mereka sebelum pertemuan genting ini. Satu yang melegakan ialah perjalanan kami ke Stadium Jawaharlal Nehru di India tidak memerlukan masa yang lama, kami tidak perlu menukar pesawat untuk ke sana,’ tambah jurulatih itu.

Sehubungan ini, Mohamed Abdullah Al-Shamlan, seorang pegawai kelab Muharraq FC dari Bahrain, meramalkan pasukannya akan berdepan dengan Home United dalam pertandingan akhir nanti.

‘Dalam 2006 kami gagal menjulang mahkota kejuaraan ini, justeru ini membuat kami lebih berazam untuk menebus kegagalan tersebut,’ kata Al-Shamlan kepada laman AFC.

‘Home United adalah pasukan yang hebat dan saya rasa kami akan bertemu mereka dalam final nanti. Kami sedar mereka sebuah pasukan yang handal,’ kata Al Shamlan.

Perlawanan-perlawanan separuh akhir akan dijalankan pada 7 dan 21 Oktober dan pertandingan akhir pula dilangsungkan secara timbal balas pada pada 31 Oktober dan 7 November.

Berikut ialah keputusan undian peringkat suku akhir:

  • Perak FA (Malaysia) lwn Safa FC (Lebanon)

  • SAFFC (Singapura) lwn Al Nahda (Oman)

  • Dempo FC (India) lwn Home United (Singapura)

  • Muharraq FC (Bahrain) lwn Kedah FA (Malaysia).

    Powered by Cyberita

  • SINGAPORE – SAFFC blew a golden opportunity to regain top spot in the S-League after only managing a 1-1 draw at Gombak United’s Jurong West Stadium on Monday night.

    The Warriors got off to a good start when skipper Mohd Noor Ali bundled the ball home off a corner after only 15 minutes.

    Gombak were awarded a penalty on the hour mark, but SAFFC goalkeeper Toh Guo’An palmed Precious Emuejeraye’s penalty wide as luck seemed to favour the Warriors, at least early on.

    Their good fortune didn’t last long as the Bulls equalised just five minutes later.

    Gombak’s Emmanuel Emuejeraye dispossessed league top scorer Aleksander Duric in the Warriors’ penalty box and his cut back was clumsily knocked into goal by SAFFC defender Razif Mahamud.

    SAFFC piled on the pressure towards the end of the game, but could not find the elusive winner.

    The Warriors are now in second place with 50 points, two points behind league leader Home and two ahead of third-placed Tampines Rovers. –

    Channel News Asia


    Blog Stats

    • 40,012 hits

    Top Clicks

    • None

    Categories