My Soccer World

Selamatkan Pulau Pinang

Posted on: January 31, 2008


PENYOKONG Pulau Pinang menggantung sepanduk bantahan ketika perlawanan menentang Kedah kelmarin.

SELAMATKAN maruah Pulau Pinang.

Demikian laungan penyokong setia skuad Liga Super Pulau Pinang yang semakin bimbang dengan prestasi pasukan kesayangan mereka itu.

Mereka mahukan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) yang juga Ketua Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bertindak segera bagi memulihkan kegemilangan.

Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Haria! Pulau Pinang (Haria!) Tamsir Rizal Ali Akbar berkata semua penyokong merayu supaya FAP segera mengambil pemain import bagi memantapkan lagi gaya persembahan skuad tersebut dalam saingan liga sekali gus mengubah kedudukan dalam carta.

“Biarpun secara keseluruhannya prestasi skuad Harimau Kumbang yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan itu sudah menampakkan peningkatan namun ia belum cukup kuat untuk mengubah kedudukan dalam liga.

“Pulau Pinang perlukan tenaga import. Bukan kami (penyokong) tidak faham tugas beliau (Tsu Koon) yang sentiasa sibuk, tetapi beri juga sedikit perhatian kepada pembangunan bola sepak negeri ini.

“Kami sayangkan Pulau Pinang dan jika Pulau Pinang turun ke Liga Perdana, ia amat merugikan kerana susah untuk bangkit semula,” katanya kepada KOSMO! semalam.

Selepas mengharungi 11 perlawanan, pasukan Pulau Pinang di bawah bimbingan jurulatih Mohammad Bakar kini menghuni tangga tercorot selepas kalah kepada penghulu liga, Kedah 2-3 di tempat sendiri malam kelmarin.

Mereka hanya berjaya mengutip enam mata melalui satu kemenangan, seri tiga kali dan tewas tujuh kali.

Kosmo

Leave a comment

Blog Stats

  • 40,078 hits

Top Clicks

  • None

Categories