My Soccer World

Archive for the ‘Shi Jiayi’ Category

OlehYusoff A. Rahman

BERAPA ramaikah di kalangan 21 pemain yang diundang membentuk Pilihan Singapura berpeluang beradu tenaga dengan bintang-bintang muda pasukan Olimpik Brazil di Stadium Negara pada Isnin ini?

Yang pasti, siapa jua yang membentuk kesebelasan skuad Singa nanti, ia bakal menjadi satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Dan bagi mereka yang sekadar memanaskan bangku pemain simpanan, ia juga adalah peluang berharga melihat lebih dekat ataupun bertegur sapa dengan bintang-bintang dalam pasukan pelawat itu nanti.

Seperti kata jurulatih Singapura, Radojko ‘Raddy’ Avramovic:

‘Perlawanan ini adalah satu pengalaman berharga kepada para pemain kami. Mereka akan menentang antara pemain terbaik dunia ketika ini yang juga bakal menjadi bintang-bintang dunia masa depan.’

Antara pemain dalam pasukan Olimpik Brazil termasuk Ronaldinho, bekas Pemain Terbaik Fifa, yang baru-baru ini mengikat kontrak dengan AC Milan; Anderson dari Manchester United; Jo dari Manchester City dan Lucas dari Liverpool.

Skuad Singapura yang diumumkan semalam terdiri daripada 18 pemain yang beraksi dalam kelayakan Piala Dunia pada Jun lalu.

Pemain kelab Singa Muda, Afiq Yunos, adalah pemain tunggal yang tidak pernah menyarung jersi pasukan senior Singapura.

Lionel Lewis dan Qiu Li kembali disertakan sementara dua pemain pertahanan, Precious Emeujeraye dan Noh Rahman, terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Raddy juga menyertakan tiga pemain undangan – Kenji Arai dari SAFFC, Valery Hiak dari Home United dan Miroslav Latiak dari Geylang United.

  • Berikut senarai pemain yang dipilih:

    Penjaga gawang: Lionel Lewis, Hassan Sunny.

    Pertahanan: Baihakki Khaizan, Valery Hiek, Jumaat Jantan, Kenji Arai, Daniel Bennett, Afiq Yunos, Ismail Yunos.

    Midfield: Shahril Ishak, Shi Jiayi, John Wilkinson, Ridhuan Muhamad, Fahrudin Mustafic, Isa Halim, Miroslav Latiak.

    Penyerang: Fazrul Nawaz, Indra Sahdan Daud, Aleksandar Duric, Khairul Amri, Qiu Li.

    Cyberita

  • SINGAPORE : Home United beat Young Lions 1-0 in an S.League match on Saturday night at Bishan Stadium.

    The only goal in the match from Shi Jiayi at the 56th minute.

    With the victory, Home moved to second place on the league table, trailing behind defending champions SAFFC by six points. – CNA /ls

    Channel News Asia

    Pilihan Liga-S buru kemenangan ketiga berturut-turut

    OlehZainal Jamari

    DUA pemain veteran disertakan dalam skuad Pilihan Liga-S yang kelihatan kuat untuk perlawanan mempertahankan Piala Sultan Selangor di Shah Alam hujung minggu ini.

    Jurulatih, V. Sundram Moorthy, telah menyertakan pemain midfield Tampines Rovers, Rafi Ali, dan Mohd Noor Ali dari Geylang United, ke dalam skuad 20 orang.

    Rafi telah 77 kali mewakili Singapura sementara Noor Ali pula telah 44 kali menyarung jersi negara.

    Daripada skuad 20 orang yang akan ke Shah Alam itu, 14 adalah bekas pemain dan pemain skuad Singapura sekarang, termasuk 10 yang mewakili Singapura dalam perlawanan-perlawanan kelayakan Piala Dunia yang baru berakhir.

    Singapura telah memenangi Piala Sultan Selangor sejak dua tahun lalu dan berharap dapat mencatat hat-trick dalam pertemuan kali ini.

    Singapura memenanginya buat pertama kali dalam 2006, mengalahkan Selangor 3-0 di Stadium Negara – kali terakhir acara tahunan itu diadakan di sini.

    Pada tahun berikutnya, Singapura menang 3-1 di Shah Alam.

    Sebelum perlawanan itu, satu pertemuan antara pasukan veteran Singapura dengan Selangor akan dilangsungkan.

    Para peminat boleh mengingat kembali zaman Piala Malaysia apabila Sundram, Dollah Kassim, Robert Sim, Lee Bee Seng, Haslir Ibrahim, Malek Awab, Salim Moin, Samad Allapitchay, Yahya Madon dan Syed Faruk menyarung jersi Singa sekali lagi untuk menentang ‘musuh ketat’ mereka Selangor.

    Juara perlawanan utama akan memenangi hadiah RM50,000 ($20,900) sementara pemenang perlawanan kedua akan memenangi hadiah RM10,000.

    Tiket untuk menyaksikan perlawanan berharga $3 dan boleh dibeli di Pejabat FAS, Jalan Besar, dari 10 pagi hingga 6 petang sehingga Jumaat ini.

    Skuad Pilihan Liga-S: Lionel Lewis, Razif Yahaya, Precious Emuejeraye, Kaze Teffo Giscard, Ali Imran Lomri, Park Mun Ki, Mohd Noh Rahman, Jufri Taha, Mohd Noor Ali, Rafi Ali, Isa Halim, Shahril Ishak, Shi Jiayi, Fahrudin Mustafic, Shahdan Sulaiman, John Wilkinson, Mohd Khairul Amri, Aleksander Duric, Gabriel Obatola dan Aliff Safaein.

    Veteran Singapura: Lim Chiew Peng, Lee Bee Seng, Samad Allapitchay, Razali Saad, Robert Sim, Au Yeong Pak Kuan, Haslir Ibrahim, Terry Pathmanathan, Gulam Mohamed, Ishak Saad, Yahya Madon, Syed Faruk, Malek Awab, D. Tokijan, Salim Moin, Shamsudin Rahmat, Dollah Kassim, V. Sundram Moorthy, Abdullah Noor dan Ho Kwang Hock.

    Mereka yang berminat boleh mengikuti pakej pelancongan U-Turn berharga $55 atau penginapan satu malam di Hotel May Tower dengan harga $130 seorang.

    Sila telefon Akbar Hashim, 9664-4942 untuk butir lanjut.

    Cyberita

    SINGAPORE: Home United overcame a disciplined and stubborn Albirex Niigata 2-0 in Thursday night’s NTUC Income-Yeo’s S.League 2008 match at Bishan Stadium, with both goals coming late in the game.

    Albirex proved hard to penetrate for the first hour, with Home striker Kengne Ludovick particularly frustrated with the visitor’s tight marking.

    The breakthrough for the Protectors came in the 70th minute after Albirex substitute Tomota Hiroshima gave away a free kick on the edge of the box.

    Shi Jiayi drove a low shot beyond the wall and past White Swans goalkeeper Norio Takahashi’s outstretched right hand to give the home side the lead.

    Five minutes later Ludovick doubled his side’s lead when some swift passing inside the box allowed the Cameroonian to shrug off his marker at last and poke the ball home.

    Albirex played well against a Home team which looked a little rusty after a long lay off since May 22.

    The S.League took a break from May 28 to last Thursday for Avaya-J&J League Cup action and the national team’s World Cup qualifiers.

    Having beaten the Super Reds 3-2 at home five days earlier, the Japanese showed a lot of self belief and kept their shape well in the first-half.

    But once Peres de Oliveira and Shahril Ishak began to find their rhythm, Home were able to take control of the match long enough to deliver the goods. –

    Channel News Asia

    OlehZainal Jamari

    PENYERANG skuad nasional, Mohd Khairul Amri, telah menafikan beliau sudah menurunkan tandatangannya untuk menyertai Tampines Rovers.

    Tetapi bekas penyerang Singa Muda yang berusia 23 tahun itu akur Tampines merupakan salah sebuah daripada dua kelab di mana beliau sedang mengadakan perbincangan.

    Sebuah lagi kelab, katanya, ialah Home United.

    Semasa ditemui di majlis penyampaian Anugerah Sukan Singapura kelmarin, Amri berkata:

    ‘Ada laporan yang mengatakan saya sudah ke Tampines. Tetapi itu tidak berapa tepat.

    ‘Saya belum lagi menurunkan tandatangan dan buat masa ini masih memikirkan kelab mana yang akan saya wakili.

    ‘Saya telah bercakap dengan Tampines dan saya juga telah bercakap dengan Home.

    ‘Saya belum membuat keputusan muktamad. Mungkin dalam dua tiga hari ini,’ jelasnya.

    Sejak meninggalkan Singa Muda selepas tamat menjalani Perkhidmatan Negara, Amri adalah penyerang yang paling dikehendaki buat masa ini.

    Kelincahannya dan keberaniannya menggelecek pemain lawan adalah antara kelebihan beliau.

    Sekiranya Amri ke Tampines, beliau akan kembali berganding dengan bekas rakan sekelab di Singa Muda, Qiu Li.

    Bagaimanapun, di Home beliau akan menemui lebih ramai bekas rakan sekelabnya. Antara mereka Shahril Ishak, Lionel Lewis dan Shi Jiayi.

    Kesemua mereka secara kebetulan pula merupakan rakan sepasukan dalam skuad nasional.

    Amri merupakan antara generasi pemain yang dilahirkan pada 1984 dan selepasnya yang disifatkan oleh jurulatih nasional, Radojko Avramovic, sebagai pemain yang bakal menerajui bola sepak Singapura.

    Yang lainnya ialah Hassan Sunny, Baihakki Khaizan, Juma’at Jantan, Shahril Ishak, Ridhuan Muhammad, Fazrul Nawaz, Isa Halim dan Ismail Yunos.

    Menjelang pertemuan dengan Lebanon pada hujung minggu lalu, Avramovic berkata:

    ‘Mereka perlu sekurang-kurangnya mengekalkan tahap persembahan yang ada dan cuba melangkah lebih jauh lagi. Mereka telah berada dalam pasukan nasional sejak beberapa tahun yang lalu dan inilah masanya mereka menjadi pemain utama dalam pasukan.’

    Cyberita

    KELAYAKAN PIALA DUNIA
    Singa akan bermain untuk negara dan maruah

    By Zainal Jamari

    SINGAPURA, yang telah pun terkeluar daripada persaingan kelayakan Piala Dunia 2010, akan berlepas ke Lebanon sekitar 3 pagi esok untuk perlawanan terakhirnya dalam Kumpulan 4 Zon Asia.

    Pengurus Eugene Loo berkata para pemain akan tetap memberikan komitmen 100 peratus dalam perlawanan itu.

    ‘Keputusannya sudah tidak bermakna lagi tetapi para pemain akan bermain untuk negara dan maruah,’ kata Eugene.

    Singapura mengalahkan Lebanon 2-0 dalam pertemuan pertama di Stadium Negara dan kini di tangga ketiga dengan tiga mata yang dipungut daripada kemenangan tunggal itu.

    Lebanon di tangga corot dan masih belum memungut sebarang mata.

    Uzbekistan dan Arab Saudi adalah dua negara daripada kumpulan ini yang akan ke pusingan seterusnya.

    Singapura mengadakan latihan biasa semalam dengan Avramovic mahu melihat mereka meningkatkan lagi persembahan taktikal.

    Dalam pada itu, Hassan Sunny, yang bermain cemerlang ketika Singapura kalah 0-2 kepada Saudi pada Sabtu lalu, dijangka mendapat kepercayaan menjaga gawang.

    Lionel Lewis tidak menyertai rombongan ke Lebanon, sementara penyerang Qiu Li juga digugurkan kerana cedera.

    Shi Jiayi, yang cedera dan tidak bermain Sabtu lalu, akan turut serta.

    Singapura akan membawa 19 pemain ke Lebanon.

    ‘Memandangkan perlawanan ini tidak bermakna, jurulatih mungkin memberi peluang kepada beberapa pemain simpanan menunjukkan kemampuan mereka.

    ‘Beliau juga mahu melihat persembahan mereka sebagai persiapan mempertahankan mahkota AFF (Persekutuan Bola Sepak Asean) dan untuk perlawanan-perlawanan kelayakan Piala Asia yang dijadualkan berlangsung Januari depan,’ ujar Eugene.

    Cyberita

    Republik perlu keajaiban, manakala Saudi hanya satu mata untuk mara

    OlehZainal Jamari

    ‘SINGAPURA tidak akan rugi apa-apa. Jadi berikan persembahan yang terbaik.’

    Itulah pesanan jurulatih Radojko ‘Raddy’ Avramovic kepada anak didiknya menjelang pertemuan dengan Arab Saudi dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan 4 Zon Asia di Stadium Negara malam ini.

    Enam mata di belakang gergasi bola sepak Asia itu dan dengan tinggal dua perlawanan lagi, Singapura sebenarnya masih berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya dari segi matematik.

    Tetapi Singa memerlukan lebih daripada kecerdasan matematik untuk melangkah lebih jauh lagi – mereka memerlukan keajaiban.

    Saudi sebaliknya hanya memerlukan satu mata daripada baki dua perlawanannya – menentang Singapura dan Uzbekistan di padang sendiri – untuk mara.

    Perlawanan terakhir Singapura ialah menentang Lebanon di padang lawan pada 22 Jun.

    ‘Ini satu peluang baik untuk menentang pasukan seperti Arab Saudi,’ kata Avramovic semalam. ‘Mereka sebuah pasukan yang baik dan bukan selalu kita berpeluang menentang pasukan sebaiknya.

    ‘Mereka bermain dalam Piala Dunia dan naib juara Piala Asia yang lalu. Bagi Singapura, kita tidak akan kehilangan apa-apa lagi. Saya mahu mereka turun dan memberi persembahan terbaik.’

    Menurut jurulatih itu, beliau tidak mempunyai masalah pemain yang cedera, kecuali Shi Jiayi, yang mungkin tidak diturunkan dalam kesebelasan pertama.

    Avramovic, bagaimanapun, akan memberi peluang kepada penjaga gawang kedua, Hassan Sunny, untuk memulakan perlawanan malam ini.

    Ditanya sama ada Saudi akan relaks sedikit memandangkan mereka hanya memerlukan seri untuk mara, Avramovic berkata ia tidak mungkin.

    ‘Semua pasukan yang bermain mempunyai rancangan mereka sendiri. Saya tidak fikir mereka akan bermain untuk seri tetapi perlawanan ini akan lebih mudah bagi mereka,’ kata Avramovic.

    Beliau juga tidak fikir pemecatan jurulatih Helios dos Anjos baru-baru ini akan menjejas persembahan Saudi.

    ‘Saya tidak terkejut dengan pemecatan itu. Ia memang biasa dalam bola sepak Arab Saudi. Itu cara mereka dan saya tidak kisah.’

    Jurulatih dari Brazil, Dos Anjos, digantikan oleh jurulatih tempatan, Nasser Al Johar, untuk perlawanan ini.

    Tiket-tiket berharga $20 (grandstand), $6 (galeri) dan $2 (pelajar peringkat menengah, maktab rendah, ITE) boleh dibeli di Stadium Negara mulai 5 petang.

    Bas ulang-alik percuma disediakan dari tempat meletak kereta di Kallang MRT dari 6 petang hingga 8 malam.

    Memandangkan ini adalah perlawanan bola sepak peringkat antarabangsa yang terakhir di Stadium Negara, inilah peluang terakhir bagi para penyokong skuad Singapura memberi sokongan kepada pasukan negara di stadium yang penuh bersejarah itu.

    Cyberita

    Singa tidak ada taring semasa kalah 0-1 kepada Bahrain

    OlehZainal Jamari

    PERLAWANAN genting kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Uzbekistan hanya tinggal beberapa hari lagi dan dalam tempoh singkat itu, jurulatih Radojko Avramovic mempunyai banyak tugas yang mendesak.

    Selepas menyaksikan anak didiknya kalah 0-1 di tangan Bahrain dalam perlawanan persahabatan di Stadium Negara kelmarin, jelas bahawa Avramovic perlu menyusun semula strateginya untuk menentang Uzbekistan, yang dianggap lebih kuat daripada Bahrain.

    Menurut ranking benua Asia, Uzbekistan, yang melangkah ke suku akhir Piala Asia tahun lalu, menduduki tangga keenam, sementara Bahrain pula di tangga kelapan.

    Sebagai perbandingan, Singapura berada di tangga ke-20.

    Dan jika anda melihat aksi Uzbekistan dalam Piala Asia melalui televisyen tahun lalu, anda tentu tertarik dengan kepantasan dan kecekapan yang ditunjukkan para pemainnya.

    Dalam perlawanan kelmarin, para pemain Singapura tidak menunjukkan tahap kecekapan yang tinggi dan tidak ada apa yang dapat dipuji mengenai persembahan mereka yang hambar.

    Barisan serangan, yang terdiri daripada kapten Aleksandar Duric, Khairul Amri dan Fazrul Nawaz, tidak menyengat, sementara di tengah, barisan midfield yang terdiri daripada Shi Jiayi, John Wilkinson dan Fahrudin Mustafic gagal menunjukkan penguasaan.

    Duric, yang diharapkan menjadi penyerang untuk mendapatkan gol Singapura, tidak banyak mendapat sokongan, menyebabkan beliau lebih banyak membantu di tengah padang.

    Peluang terbaik jatuh kepada Amri daripada hantaran Fazrul tetapi penyerang muda itu gagal melakukan apa- apa walaupun dari jarak yang dekat sekali.

    Di bahagian pertahanan, Daniel Bennett nampaknya semacam mempunyai hari kelepasan dan beberapa kali kehilangan bola pada pemain lawan.

    Dalam sebarang pasukan yang selalu berjaya, biasanya ada seorang dua pemain yang boleh diharapkan untuk mengubah nasib mereka.

    Sayangnya, dalam skuad Singapura yang diturunkan kelmarin, tidak ada seorang pun yang kelihatan dapat melakukannya.

    Persembahan mereka pada keseluruhannya biasa-biasa sahaja, kecuali penjaga gawang Hassan Sunny, yang beberapa kali menyelamatkan gawang Singapura dalam keadaan satu dengan satu.

    Avramovic, yang jelas kurang senang dengan persembahan anak didiknya, berkata: ‘Kita menghadapi masalah lama yang sama, kehilangan bola daripada hantaran-hantaran mudah.

    ‘Kita mesti lebih konsisten dengan hantaran-hantaran itu.’

    Avramovic turut berpendapat bahawa Singapura tidak wajar kalah dan seharusnya mendapat sekurang-kurangnya satu gol.

    ‘Pada kedudukan 0-0, kita harus menjaringkan gol. Kita mencipta peluang yang cukup untuk menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol. Kita tidak wajar kalah,’ katanya selepas perlawanan tersebut.

    Apabila menentang Uzbekistan pada Isnin ini, beliau sudah pasti berharap agar penyerang Indra Sahdan Daud sembuh daripada kecederaan untuk menambah pilihan di barisan serangan.

    Tetapi kelmarin, beliau memberikan gambaran yang agak malap bahawa penyerang itu mungkin tidak sempat sembuh dan tidak dapat membantu perjuangan Singapura.

    Selepas dua perlawanan, Uzbekistan mendahului dengan enam mata, sementara Singapura di tangga kedua dengan tiga mata.

    Singapura amat memerlukan kemenangan di Stadium Negara untuk dijadikan bekalan apabila bertandang ke Tashkent dalam pertemuan kedua.

    Cyberita

    SINGAPORE: Home United routed Dalian Shide 6-0 in an S.League match at Queenstown Stadium on Monday night.

    Indra Sahdan opened the scoring for the visiting Protectors as early as the first minute of play.

    Shi Jiayi added the second in the 29th minute.

    Kengne Ludovick launched Home United’s onslaught after the break, scoring two goals in the 50th and 70th minutes.

    Teammates Valery Hiek (52nd) and Shahril Ishak (61st) complete the score line.

    In the night’s other match, Tampines Rovers beat Gombak United 1-0 at Tampines Stadium – thanks to a solitary goal from Aliff Shafaein in the 10th minute. – CNA/de

    Channel News Asia

    KELAYAKAN PIALA DUNIA
    Shaiful dan Afiq dipanggil untuk skuad senior

    By Zainal Jamari

    SELEPAS sekian lama diketepikan oleh Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) meskipun menyerlah di padang, pemain bek SAFFC, Shaiful Esah, akhirnya mendapat panggilan pertama untuk menyertai skuad senior negara.

    Shaiful, 21 tahun, ialah antara dua muka baru dalam skuad 24 orang yang dipanggil oleh jurulatih nasional, Radojko Avramovic, untuk persiapan menghadapi perlawanan-perlawanan kelayakan Piala Dunia bulan depan.

    Seorang lagi ialah pemain bek Singa Muda, Afiq Yunos, 17 tahun.

    Singapura akan menentang Uzbekistan dan Arab Saudi pada 2 dan 14 Jun di Stadium Negara dan Uzbekistan dan Lebanon di Tashkent dan Beirut pada 7 dan 22 Jun.

    Shaiful menunjukkan persembahan konsisten dengan SAF dan tahun lalu memainkan peranan penting membantu skuad bawah 23 tahun negara memenangi pingat gangsa dalam Sukan SEA.

    Corak permainannya yang tenang mirip bekas pemain bek kiri negara, Zulkarnaen Zainal.

    Afiq pula menyertai Singa Muda pada permulaan musim ini daripada skuad bawah 18 tahun Akademi Bola Sepak Nasional (NFA).

    Beliau mewakili Singa Muda dalam 10 perlawanan Liga-S, kesemuanya sebagai pemain kesebelasan pertama.

    SKUAD SINGAPURA

    Penjaga gawang: Lionel Lewis (Home United), Hassan Sunny (Geylang United), Jasper Chan (Singa Muda);

    Pertahanan: Baihakki Khaizan (Geylang), Precious Emuerjeraye (Gombak United), Sevki Sha’aban (Gombak), Juma’at Jantan (Home), Daniel Bennett (SAF), Shaiful Esah (SAF), Shariff Abdul Samat (Tampines Rovers), Afiq Yunos (Singa), Mohamed Noh Rahman (Geylang);

    Midfield: Shahril Ishak (Home), Shi Jiayi (Home), John Wilkinson (SAF), Muhd Ridhuan Muhd (Tampines), Rahrudin Mustafic (Tampines), Hariss Harun (Singa), Isa Halim (Singa);

    Penyerang: Fazrul Nawaz (Geylang), Indra Sahdan Daud (Home), Aleksandar Duric (SAF), Khairul Amri (Singa).

    Cyberita


    Blog Stats

    • 40,010 hits

    Top Clicks

    • None

    Categories