My Soccer World

Feynenoord Tangga Keempat

Posted on: December 31, 2006

ROTTERDAM, Belanda – Feynenoord menutup aksi tahun ini dengan menewaskan Excelsior 3-1 kelmarin untuk menduduki tangga keempat bola sepak Liga Belanda.

Danny Buijs memulakan jaringan awal selepas 31 minit permainan apabila dia mengutip hantaran Jonanthan de Guzman, mengelecek dua pertahanan lawan sebelum melepaskan rembatan dari jarak dekat.

Kesilapan penjaga gol Excelsior, Theo Zwarthoed membuka peluang kepada Nicky Hofs mencipta jaringan kedua sekali gus membolehkan Feyenoord mendahului 2-0 lima minit sebelum rehat.

Stein Huysegms menambah gol ketiga pada awal babak kedua.

Pemain gantian Johan Voskamp berjaya menjaringkan gol sagu hati untuk tuan rumah 10 minit sebelum tamat.

PSV Eindhoven menjadi tuan rumah kepada Den Haag kini berada di tangga teratas dengan 50 mata daripada 19 perlawanan, sembilan mata mengatasi Ajax Amsterdam yang akan bertandang ke NEC Nijmegen.

AZ Alkmaar di tempat ketiga dengan 40 mata akan menjadi tuan rumah menentang Roda JC, hari ini.

Feyenoord memungut 39 mata manakala Excelsior yang berada tiga anak tangga terbawah dengan 16 mata

– Reuters.

Utusan Malaysia

Leave a comment

Blog Stats

  • 40,079 hits

Top Clicks

  • None

Categories