My Soccer World

Bekas Pelumba F1 Terbunuh

Posted on: December 17, 2006

ROME – Bekas pemandu lumba kereta Formula Satu (F1), Clay Regazzoni terbunuh dalam nahas lebuh raya di Itali, kata bekas pasukannya, Ferrari.

Kemalangan itu dikatakan berlaku dekat Parma, utara Itali.

Mendiang yang juga warga Switzerland, merupakan pemandu lama bersama pasukan dari Itali itu tetapi menggunakan kerusi roda sejak 1980.

Dia pernah mengalami kecederaan tulang belakang dalam kemalangan ketika Grand Prix Amerika Syarikat di Long Beach, California.

Regazzoni, 67, menjadi naib juara dalam Kejohanan Dunia F1 pada 1974.

Regazzoni memandu untuk pasukan Ferrari dari tahun 1970-72 dan 1974-76. Dia menjuarai Grand Prix Itali untuk pasukan Itali itu pada 1970 dan 1975, GP Jerman pada 1974 dan GP Amerika Syarikat pada 1976.

Dia muncul naib juara di belakang Emerson Fittipaldi dalam kejuaraan F1 pada 1974.

Regazzoni membantu Ferrari menjuarai kategori pengeluar kali ketiga dan keempat pada 1975 dan 1976, menduduki tempat kelima keseluruhan pada kedua-dua tahun berkenaan.

Rakan sepasukannya ketika itu, Niki Lauda dari Austria muncul juara dunia pada 1975.

– AP

Utusan Malaysia

Leave a comment

Blog Stats

  • 40,079 hits

Top Clicks

  • None

Categories