My Soccer World

Tiada Laluan Mudah Bagi Dua Wakil S’Pura

Posted on: May 30, 2008

PIALA AFC
Tiada laluan mudah bagi dua wakil S’pura

SAFFC diundi menentang kelab
Oman manakala Home perlu
atasi halangan kelab India

By Mohd Sani Ali

TIADA lawan yang mudah apabila bertarung dalam perlawanan kalah mati di peringkat suku akhir Piala AFC yang akan berlangsung September ini.

Ini merupakan pengakuan jurulatih pasukan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFFC), Richard Bok, juara Liga-S NTUC Income-Yeo’s, semasa mengulas keputusan undian yang menemukan mereka dengan Al Nahda dari Oman.

‘Kami langsung tidak tahu mengenai Al Nahda tetapi beberapa pemain kami mempunyai pengalaman bermain dengan pasukan nasional Oman dan tentunya mereka tahu sedikit-sebanyak mengenai kekuatan kelab itu,’ demikian ulas Bok merujuk kepada undian yang dijalankan di ibu pejabat Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur kelmarin.

‘Kami akan berusaha mendapatkan pita rakaman permainan Al Nahda dan pandangan Raddy (Avramovic, jurulatih skuad nasional Singapura) mengenai kekuatan para pemain Oman,’ ujar Bok lagi.

Pemain SAFFC seperti Aleksander Duric, Daniel Bennett dan John Wilkinson – yang pernah bermain menentang Oman – pasti menjadi aset bagi Bok semasa membuat persiapan pertemuan yang akan dijalankan di Stadium Jalan Besar pada 16 September ini.

Bagaimanapun, SAFFC agak bertuah kerana sebahagian besar pemain nasional Oman tidak bermain dalam liga setempat, sebaliknya mereka beraksi di luar negara.

Bagi jurulatih Home United FC pula, P.N. Sivaji, pertemuan mereka dengan wakil India, Dempo FC, di padang lawan disifatkan sebagai ‘satu kelebihan’ jika pertarungan terpaksa diputuskan dengan tendangan penalti dalam pertemuan kedua di padang sendiri nanti.

Semua perlawanan kedua peringkat separuh akhir dijadualkan pada 23 September.

‘Kami tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai mereka tetapi kami tahu Dempo adalah kelab teratas dalam Liga India, ini sekali gus turut membayangkan tugas berat yang bakal kami hadapi,’ jelas Sivaji.

‘Kami akan berusaha mengumpul sebanyak maklumat mengenai mereka sebelum pertemuan genting ini. Satu yang melegakan ialah perjalanan kami ke Stadium Jawaharlal Nehru di India tidak memerlukan masa yang lama, kami tidak perlu menukar pesawat untuk ke sana,’ tambah jurulatih itu.

Sehubungan ini, Mohamed Abdullah Al-Shamlan, seorang pegawai kelab Muharraq FC dari Bahrain, meramalkan pasukannya akan berdepan dengan Home United dalam pertandingan akhir nanti.

‘Dalam 2006 kami gagal menjulang mahkota kejuaraan ini, justeru ini membuat kami lebih berazam untuk menebus kegagalan tersebut,’ kata Al-Shamlan kepada laman AFC.

‘Home United adalah pasukan yang hebat dan saya rasa kami akan bertemu mereka dalam final nanti. Kami sedar mereka sebuah pasukan yang handal,’ kata Al Shamlan.

Perlawanan-perlawanan separuh akhir akan dijalankan pada 7 dan 21 Oktober dan pertandingan akhir pula dilangsungkan secara timbal balas pada pada 31 Oktober dan 7 November.

Berikut ialah keputusan undian peringkat suku akhir:

  • Perak FA (Malaysia) lwn Safa FC (Lebanon)

  • SAFFC (Singapura) lwn Al Nahda (Oman)

  • Dempo FC (India) lwn Home United (Singapura)

  • Muharraq FC (Bahrain) lwn Kedah FA (Malaysia).

    Powered by Cyberita

  • Leave a comment

    Blog Stats

    • 40,079 hits

    Top Clicks

    • None

    Categories