My Soccer World

Milan Bakal Lamar Ronaldinho

Posted on: July 13, 2008

ROM – AC Milan kini semakin hampir untuk melengkapkan pembelian mereka ke atas perancang Barcelona, Ronaldinho.

Menurut laporan akhbar La Gazzetta dello Sport semalam, satu persetujuan telah dicapai di antara Naib Presiden Milan, Adriano Galliano dan Presiden Barcelona, Joan Laporta dengan harga 15 juta euro (RM77.4 juta) untuk kontrak selama dua tahun.

Ia mungkin satu berita baik buat juara Eropah 2007 itu bagi menebus kekecewaan mereka selepas gagal pada kempen musim lepas.

Jurulatih Milan, Carlo Ancelotti dijangka akan menggandingkan bintang Brazil itu dengan rakan senegaranya, Kaka dan juga penyerang sensasi muda mereka Alexander Pato di bahagian serangan.

Ancelotti jelas sekali meletakkan harapan yang tinggi kepada pemain yang menjaringkan 70 gol dalam 149 perlawanan di Nou Camp itu dan membantu Barcelona menjulang gelaran Liga Juara-Juara pada 2006.

Sejak akhir musim lalu, Ancelotti telah berjaya mendapatkan khidmat pertahanan Itali, Gianluca Zambrotta dan perancang Perancis, Mathieu Flamini ke dalam skuadnya. – AFP

Kosmo

Leave a comment

Blog Stats

  • 40,016 hits

Top Clicks

  • None

Categories