My Soccer World

Inter Hampiri Kejuaraan Liga

Posted on: February 29, 2008

ROM – Jurulatih Inter Milan, Roberto Mancini kini mampu menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya seri 1-1 dengan AS Roma dalam saingan Serie A kelmarin.

Keputusan seri di gelanggang sendiri itu menyaksikan Inter memiliki kelebihan sembilan mata selaku pendahulu, sekali gus berpeluang untuk merangkul gelaran ketiga berturut-turut musim ini.

Francesco Totti meletakkan Roma di hadapan pada separuh masa pertama selepas bijak menyambar hantaran lintang daripada Max Tonetto.

TOTTI (kanan) dicabar pemain Inter, Cristian Chivu pada saingan Serie A di San Siro kelmarin.

Begitupun, kapten Inter, Javier Zanetti kembali menyamakan kedudukan ketika permainan babak kedua hanya berbaki dua minit untuk ditamatkan.

“Saya anggap keputusan seri ini sebagai satu kemenangan,” kata Mancini kepada Sky Sport.

“Totti memperoleh peluang pertama dan dia berjaya menjaringkan gol. Selepas itu, mereka lebih banyak menguasai permainan. Tetapi dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku.”

Sementara itu jurulatih Roma, Luciano Spalletti berang dengan insiden yang menyebabkan tonggak pertahanannya, Philippe Mexes di arah keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.

“Saya rasa salah satu daripada kad kuning yang dikutip Mexes tidak sepatutnya diperoleh,” katanya.

“Tidak adil kerana kad kuning kedua itu tidak sepatutnya dilayangkan. Insiden itu telah mengubah rentak permainan dan Inter berjaya memperoleh gol yang penting,” kata Spalletti.

Spalletti menuduh penyerang Inter, Hernan Crespo sebagai berlakon ketika dikasari Mexes sekali gus mempengaruhi keputusan pengadil.

– AFP

Kosmo

Leave a comment

Blog Stats

  • 40,079 hits

Top Clicks

  • None

Categories