My Soccer World

Archive for January 2008


PENYERANG Johor FC, Mouise Moudouraou (kiri) berjaya melepasi pertahanan Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Pasir Gudang malam tadi.

GERGASI bola sepak selatan, Johor FC kembali ke landasan sebenar bagi mengejar peneraju Liga Super, Kedah apabila berjaya menjinakkan Pahang 1-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang malam tadi.

Pasukan tuan rumah yang masih dihantui dua kekalahan berturut-turut sebelum ini dilihat bernafsu menyerang kubu lawan sejak dari awal permainan yang dicorakkan oleh kapten pasukan, Tengku Hazman Raja Hassan.

Begitupun pasukan Tok Gajah yang dilihat lebih banyak bertahan pada babak pertama berjaya mematahkan setiap asakan yang dilancarkan oleh tonggak import Sang Lebah, Walter Ariel Silva dan Andres Fuentes Gustavo.

Ketiadaan penyerang prolifik, Eddy Helmi Manan ternyata merencatkan corak serangan pasukan tuan rumah apabila banyak hantaran jauh dari tengah padang gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Gol pendahuluan tuan rumah akhirnya menjelma apabila Andres Fuentes yang tidak dikawal dalam kotak penalti mudah menyempurnakan peluang tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Mohd. Riduwan Maon nyaris menambah derita pelawat sebaik babak kedua bermula namun sepakan kencangnya yang cuma berdepan dengan penjaga gol Pahang, Mohd. Syamsuri Mustaffa berjaya ditepis keluar.

Jentera serangan Pahang yang diketuai oleh Hairudin Omar dan G. Saravanan kembali mengasak dan sering mengkucar-kacirkan pertahanan Johor FC tetapi Mouise Moudourou bijak mengawal keadaan.

Pahang dilihat semakin tertekan apabila rembatan Syed Farul Hakim Syed Mahmud sedikit tersasar pada minit ke-70, manakala percubaan jarak jauh Hairudin seminit selepas itu terus ke dakapan penjaga gol Johor FC, G. Jeevananthan.

Cubaan pasukan pelawat untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata punah apabila rembatan kencang Saravanan dalam kotak penalti berjaya ditepis Jeevananthan pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan itu, Johor FC kini mengumpul 16 mata.

Kosmo

KUALA LUMPUR – Kedah mengukuhkan kedudukan pendahulu bola sepak Liga Super selepas mencatat kemenangan bergaya 3-2 ke atas Pulau Pinang di Stadium Negeri, Batu Kawan, semalam.

Bagaimanapun, dua pencabar terdekat, Selangor dan Negeri Sembilan Naza terus memberi tekanan dengan turut memenangi perlawanan masing-masing untuk mengekori dengan lima mata di belakang.

Penyerang kebangsaan, Mohd. Safee Sali meraikan hari jadinya yang ke-24 malam tadi dengan menyumbangkan dua gol untuk membantu Selangor menewaskan UPB-MyTeam 2-0 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya.

Negeri Sembilan Naza turut menagih sentuhan pemain kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak yang turut menyumbangkan dua gol ketika tuan rumah mengalahkan Polis 3-2 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Namun begitu, tumpuan semalam pastinya kepada penyandang juara, Kedah yang kukuh mendahului liga dengan mengumpul 28 mata selepas membuka jaringan menerusi pemain import, Nelson Marcello Martin seawal minit ketiga.

Tuan rumah bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Mohd. Farizal Rozali pada minit ke-50, namun kealpaan pertahanan mereka membenarkan Kedah kembali di depan menerusi K. Saramsak pada minit ke-61.

Farizal menghidupkan kembali peluang Pulau Pinang dengan menjaringkan gol penyamaan buat kali kedua di minit ke-68, namun sekali lagi aksi goyah benteng tuan rumah membolehkan Kedah meraih gol kemenangan menerusi Badrol Bakhtiar di minit ke-76.

Dalam satu lagi perlawanan, Sarawak akhirnya keluar dari kedudukan tercorot liga selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Perlis di Stadium Sarawak.

Tindakan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) menurunkan separuh harga tiket berjaya menarik 15,000 penonton ke stadium, kehadiran terbesar yang sekali gus menaikkan semangat pemain tuan rumah.

Begitu pun, pasukan pelawat Perlis terlebih dulu mengejutkan Sarawak dengan membuka jaringan menerusi bekas pemain kebangsaan, Nizaruddin Yusof pada minit ke-29, namun Zamri Morshidi tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-30, sebelum Joseph Kalang Tie muncul wira dengan menyumbat gol kemenangan pada minit ke-69

Di Ipoh, Perak kekal di tangga keempat liga selepas menundukkan Terenggang 2-0 di Stadium Perak.

Kedua-dua jaringan tuan rumah diperoleh menerusi pemain import, Carlos Caceres pada minit ke-50 dan gol minit terakhir daripada Daniel Fadzli Abdullah.

Di Stadium JCorp, Johor FC terus menambah sengsara Pahang apabila menundukkan pasukan itu 1-0 hasil jaringan tunggal Andreas Fuentes Gustavo pada minit ke-42.

Powered by Utusan Malaysia


PENYERANG Johor FC, Mouise Moudouraou (kiri) berjaya melepasi pertahanan Pahang pada perlawanan Liga Super di Stadium Pasir Gudang malam tadi.

GERGASI bola sepak selatan, Johor FC kembali ke landasan sebenar bagi mengejar peneraju Liga Super, Kedah apabila berjaya menjinakkan Pahang 1-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang malam tadi.

Pasukan tuan rumah yang masih dihantui dua kekalahan berturut-turut sebelum ini dilihat bernafsu menyerang kubu lawan sejak dari awal permainan yang dicorakkan oleh kapten pasukan, Tengku Hazman Raja Hassan.

Begitupun pasukan Tok Gajah yang dilihat lebih banyak bertahan pada babak pertama berjaya mematahkan setiap asakan yang dilancarkan oleh tonggak import Sang Lebah, Walter Ariel Silva dan Andres Fuentes Gustavo.

Ketiadaan penyerang prolifik, Eddy Helmi Manan ternyata merencatkan corak serangan pasukan tuan rumah apabila banyak hantaran jauh dari tengah padang gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Gol pendahuluan tuan rumah akhirnya menjelma apabila Andres Fuentes yang tidak dikawal dalam kotak penalti mudah menyempurnakan peluang tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Mohd. Riduwan Maon nyaris menambah derita pelawat sebaik babak kedua bermula namun sepakan kencangnya yang cuma berdepan dengan penjaga gol Pahang, Mohd. Syamsuri Mustaffa berjaya ditepis keluar.

Jentera serangan Pahang yang diketuai oleh Hairudin Omar dan G. Saravanan kembali mengasak dan sering mengkucar-kacirkan pertahanan Johor FC tetapi Mouise Moudourou bijak mengawal keadaan.

Pahang dilihat semakin tertekan apabila rembatan Syed Farul Hakim Syed Mahmud sedikit tersasar pada minit ke-70, manakala percubaan jarak jauh Hairudin seminit selepas itu terus ke dakapan penjaga gol Johor FC, G. Jeevananthan.

Cubaan pasukan pelawat untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata punah apabila rembatan kencang Saravanan dalam kotak penalti berjaya ditepis Jeevananthan pada masa kecederaan.

Dengan kemenangan itu, Johor FC kini mengumpul 16 mata.

Powered by Kosmo

SAO PAULO, Brazil – David Beckham mengumumkan perancangan untuk menubuhkan akademi bola sepak ketiga miliknya di Brazil.

Pusat sukan tersebut bakal menjadi antara yang terbesar di negara itu, terletak di pusat peranginan mewah yang akan dibina tidak lama lagi.

Pembukaan akademi baru milik David Beckham itu menjadi antara tajuk utama perkembangan terbaru dalam pembangunan di timur laut Brazil.

Akademi Beckham telah pun ditubuhkan di London dan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

– AP

Utusan Malaysia

KEHADIRAN semula Scholes yang pulih daripada kecederaan akan memperkuatkan United.

LONDON – Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin pemain tengah berpengalaman, Paul Scholes mampu memainkan peranan penting dalam misi Red Devils meraih gelaran treble seperti yang dilakukan mereka pada tahun 1989.

Bekas pemain tengah England itu dijangka diturunkan pada perlawanan Liga Perdana England menentang Portsmouth di Old Trafford hari ini.

Scholes yang kembali beraksi selepas tiga bulan berehat sebaik sahaja pulih daripada pembedahan lutut, turun sebagai pemain gantian ketika United menang 3-1 ke atas Tottenham Hotspur pada kempen Piala Liga hujung minggu lalu.

“Sesuatu yang istimewa bakal berlaku apabila bola sampai ke kakinya kerana dia mempunyai bakat semulajadi yang hebat,” kata Ferguson.

“Dia adalah pemain yang mengagumkan kerana dapat mengawal perlawanan dengan cukup baik.”

Ketika ini, United mengungguli kedudukan teratas Liga Perdana selepas memiliki kelebihan jaringan mengatasi pencabar terdekatnya, Arsenal yang bakal menjadi lawan mereka pada pusingan kelima Piala FA bulan depan.

Selain berpeluang untuk memenangi gelaran liga, United juga masih mampu memenangi gelaran Piala FA serta Liga Juara-Juara.

“Ia adalah satu sasaran yang mustahil, tetapi kami berazam untuk merealisasikan,” kata Ferguson.

“Orang ramai berkata, apa yang berlaku pada tahun 1999 tidak akan berulang lagi, tetapi kami berazam untuk membuktikannya.

“Kami berjaya meneruskan saingan pada Piala FA, dua perlawanan menentang Lyon (Liga Juara-Juara) dan menduduki tempat teratas Liga Perdana.” – AFP

Kosmo

LONDON – Liverpool berazam melupakan aksi hambar ketika menentang kelab tidak ternama, Havant & Waterlooville menjelang pertemuan menentang West Ham United pada saingan Liga Perdana England di Upton Park hari ini.

The Reds berjaya melayakkan diri ke pusingan kelima Piala FA selepas menang besar 5-2 ke atas Havant Sabtu lalu, namun skuad The Reds hampir dimalukan apabila ketinggalan sebanyak dua kali pada aksi di Anfield itu.

“Kami perlu memberi lebih banyak tumpuan pada aksi di tengah padang kerana kami tidak pernah melepaskan gol seperti itu,” kata pengurus Liverpool, Rafael Benitez.

“Kami mempunyai idea dengan apa yang berlaku, tetapi kami perlu bekerja keras dalam sesi latihan dan kembali mempamerkan aksi yang terbaik seperti sebelum ini.”

Kapten Liverpool, Steven Gerrard mengakui, rakan sepasukannya mula berasa tertekan selepas aksi menentang Havant.

“Saya perlu berhati-hati tentang apa yang akan saya katakan tentang situasi ini, tetapi kami tahu apa yang bakal berlaku sebagai seorang pemain,” kata Gerrard.

Sementara itu, pemain tengah Liverpool, Mohamed Sissoko di laporkan telah mengikat kontrak bersama Juventus dengan bayaran perpindahan berjumlah 11 juta euro (RM53 juta) semalam.

Sissoko yang berhijrah ke Anfield pada tahun 2005 telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Turin itu. – Agensi

Kosmo

SINGAPORE : China’s most successful football club Dalian Shide will be fielding a team in this season’s S.League.

They are replacing Liaoning Guangyuan as the 12th team in the S.League.

Dalian has been crowned champions of the Chinese Super League eight times in the past 14 years.

Former players from Dalian include Sun Jihai and Dong Fangzhuo, who are now both playing in the English Premiership.

Sun plays for Manchester City while Dong is with Manchester United.

Just like Japanese side Albirex Niigata, Dalian will be fielding mainly young players.

The young team will be supplemented by several experienced players.

Dalian will play their home matches at Queenstown Stadium.

Dalian will play in the opening week of the season on February 21.

They will make the trip to Bishan to take on last season’s runners-up Home United.

The season kicks off on February 18 with the Northern derby between Super Reds and Woodlands Wellington at Yishun.

On February 19, the Young Lions will meet Sengkang Punggol on home ground.

Also in that first week, 2005 champions Tampines Rovers will face dark horses Gombak United on February 20.

On February 21, Geylang United will play against Balestier Khalsa.

Double winners Singapore Armed Forces will begin to defend their title against Albirex Niigata at Jalan Besar Stadium on February 22.

This match will be the first of the season to be telecast ‘live’ on MediaCorp Channel 5. – CNA/ms

Channel News Asia

MILAN – Juventus berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Lazio, Guglielmo Stendardo secara pinjaman untuk satu musim penuh dan seorang lagi pemain daripada Aston Villa, Olof Mellberg pula akan beraksi Julai ini, kata kelab Serie A itu, kelmarin.

Pengarah sukan, Alessio Secco memberitahu media Itali, perjanjian tersebut terlalu hampir dan pemain tengah Portugal, Tiago juga akan terus bersama dengan Juventus.

– Reuters

Utusan Malaysia

LIVERPOOL, England – Everton turun menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana England, esok tanpa kelibat Tim Cahill yang mempunyai tugas mewakili negaranya, Australia.

Ketiadaan Cahill jelas membimbangkan Everton yang kini mengintai peluang untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Cahill mewakili negaranya dalam kelayakan Piala Dunia menentang Qatar pada 6 Februari ini.

Keputusan Cahill pulang mewakili skuad kebangsaannya, menyebabkan dia akan terlepas peluang menentang Blackburn dan Reading.

Pengurus Everton, David Moyes berkata: ”Kami berpendapat adalah baik jika dia tidak ke sana (Australia) kerana saat sekarang begitu genting dan kami memerlukannya di sini. Bagaimanapun, ini adalah keputusannya,” kata Cahill.

Cahill dilihat mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang besar dalam menyuntik kebangkitan Everton yang kini menghuni tangga keempat kedudukan liga.

Kebangkitan Everton sekali gus memecah monopoli kelab-kelab ternama seperti Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Manchester United.

Everton menang 3-1 di White Hart Lane pada awal pertemuan musim ini.

Sementara itu, Tottenham yang masih segar dengan kemenangan besar 5-1 ke atas Arsenal dalam saingan Piala Liga minggu lalu, tidak mampu mengulangi kejayaan itu apabila tewas 1-3 kepada United dalam saingan Piala FA.

Masalah besar kepada Spurs ialah kegoyahan benteng empat pemain pertahanannya.

Bagaimanapun, jurulatih Spurs, Juande Ramos bingkas menutup kelemahan itu dengan membeli bek tengah England, Jonathan Woodgate dari Middlesbrough, kelmarin.

”Mentaliti pemain-pemain Sevilla adalah kunci kejayaan kami. Secara teknikalnya, kami tahu mereka (Everton) pasukan yang hebat tetapi kami perlu menyakinkan mereka untuk berfikir bahawa kami juga adalah pasukan yang hebat,” kata Ramos.

Ramos juga menolak andaian bahawa pemain-pemain dalam Liga Perdana England tidak berkualiti berbanding liga di Itali dan Sepanyol.

”Tidak benar. Mereka ada kemahiran itu dan lihat sahajalah Tottenham. Mereka bagus. Kalau mereka tidak bagus, bagaimana mereka boleh ada di sini,” ujarnya.

– AFP

Utusan Malaysia

LONDON – Carloz Tevez mengakui dia seronok bersama Manchester United apatah lagi mengagumi kehebatan rakan sepasukan seperti Wayne Rooney dan Paul Scholes.

Dalam satu temu bual bersama stesen radio di Argentina, Tevez berkata, saingan semakin sengit dalam kancah liga tetapi pada masa yang sama dia terpaksa mewakili negaranya, Argentina yang akan menentang Brazil dalam kelayakan Piala Dunia 2010 pada Jun ini.

”Rooney seorang fenomena. Dia adalah salah seorang daripada pemain United yang melayan saya dengan baik ketika mula tiba di sini.

”Malah, sebelum berhijrah ke United, Rooney memberitahunya dia mahu berganding dengan saya. Begitu juga Scholes yang banyak membantu saya,” kata Tevez kepada radio Del Plata yang dipetik akhbar La Nacion.

Tevez yang menjaringkan 10 gol dalam kancah liga untuk United berkata, corak permainan pertahanan dalam liga keras.

”Pemain pertahanan mereka memang kental sehinggakan saya sering kepenatan setiap kali habis perlawanan. Mereka tidak mencederakan anda tetapi gemar mengejar bola,” ujarnya.

Tevez juga bimbang terhadap keletihan yang dialaminya yang dikhuatiri boleh menjejaskan persembahan menentang Brazil.

”Saya berasa sangat penat. Saya langsung tidak ada cuti rehat untuk tempoh dua tahun sebelum ini,” katanya.

Tevez yang terikat dengan satu hukuman penggantungan akan terlepas aksi menentang Ecuador pada 14 Jun ini.

– Reuters

Utusan Malaysia


Blog Stats

  • 40,078 hits

Top Clicks

  • None

Categories