My Soccer World

Zenit Hadapi Pertarungan ‘Hidup Atau Mati’

Posted on: November 30, 2008

MOSCOW: Zenit St Petersburg memikul tugas berat menewaskan Juventus hari ini dan Real Madrid dalam perlawanan terakhir kumpulannya untuk menghidupkan semula peluangnya melangkah ke pusingan kalah mati.

Juara Russia itu, di tangga ketiga Kumpulan H dengan enam mata di belakang Juventus dan dua mata di belakang Real, mesti mengalahkan kelab Italy ini di padang sendiri dan apabila bertanding ke Madrid pada 10 Disember ini untuk mengiringi Juventus antara 16 pasukan terakhir.

Zenit menundukkan Spartak Moscow 3-1 Sabtu lalu tetapi dengan menduduki tangga kelima liga Russia, ia tersingkir daripada mendapat tempat dalam Liga Juara-Juara musim depan.

‘Tentu sekali sekadar menduduki tangga kelima merupakan kekecewaan yang besar bagi kelab dan para penyokong,’ kata jurulatih Zenit, Dick Advocaat.

Jurulatih dari Belanda itu berjaya memimpin Zenit memenangi kejuaraan Russia buat pertama kalinya sejak hampir suku abad dan menjulang Piala Uefa Mei lalu.

‘Ia merupakan musim yang panjang dan sukar. Kini kami hanya mempunyai dua lagi perlawanan dan kami mahu mengakhiri tahun ini dengan membanggakan.’

Kecuali pemain bek Perancis, Sebastien Puygrenier, yang digantung satu perlawanan selepas dibuang padang dalam perlawanan dengan BATE Borisov tiga minggu lalu, Zenit mempunyai skuad yang penuh.

Bintang midfield Russia, Andrei Arshavin, mempunyai insentif tambahan untuk menunjukkan kecemerlangannya menentang Juventus dan Real selepas minta dipindahkan sebelum bermula musim ini.

Juventus, yang menjamin tempat antara 16 pasukan terakhir selepas menang 2-0 di Real Madrid dalam perlawanan yang lalu, tewas 0-1 di tangan pendahulu Liga Serie A Italy, Inter Milan, Sabtu lalu.

Bagi pasukan pimpinan Claudio Ranieri itu, kekalahan tersebut mengakhiri tujuh kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

‘Kami mahu menang untuk mengekalkan persaingan merebut kejuaraan tetapi kekalahan tersebut tidak mengubah matlamat kami,’ kata Ranieri.

‘Kami mahu membaiki kedudukan di tangga ketiga musim lalu dan melangkah sejauh mungkin dalam Liga Juara-Juara ini.’

Juventus mungkin tanpa Tiago dalam perlawanan dengan Zenit selepas pemain midfield Portugal itu mengalami kecederaan lutut dengan kedudukan bintang Denmark, Christian Poulsen, juga diragukan.

Penyerang Alessandro Del Piero, 34 tahun, yang menjaringkan kedua-dua gol kemenangan ke atas Real, mungkin direhatkan untuk memberi peluang kepada Vincenzo Iaquinta.

Penjaga gawang, Gianluigi Buffon, belum dapat beraksi kerana kecederaan kaki.

Sementara itu, Real bertandang ke BATE Borisov tanpa penyerang Argentina, Gonzalo Higuain, 21 tahun, yang mengalami kecederaan.

Turut terkeluar ialah dua bintang Belanda, Ruud van Nistelrooy dan Arjen Robben, juga kerana masalah kecederaan. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: