My Soccer World

Wenger: Arsenal Tidak Mampu Kalah Lagi

Posted on: November 30, 2008

LONDON: Arsene Wenger akur pertarungan Liga Juara-Juara Eropah antara Arsenal dengan Dynamo Kiev menandakan titik tolak bagi kelab Liga Perdana England itu yang sedang dilanda krisis.

Dengan kekecohan belum reda ekoran sungutan William Gallas terhadap rakan-rakan sepasukannya, Wenger sedar bahawa Arsenal tidak mampu mengalami satu lagi kekalahan di tangan Dynamo dini hari esok.

Cara Arsenal tersembam 0-3 kepada Manchester City pada Sabtu lalu – kurang 24 jam selepas Wenger menggugurkan Gallas dan melucutkan tugas pemain pertahanan Perancis itu sebagai kapten – petanda kemungkinan satu lagi musim yang mengecewakan bagi penyokong-penyokongnya.

Satu kemenangan daripada lima perlawanan sudah cukup buruk bagi kelab London itu, apa lagi tindakan Gallas mendedahkan pergeseran yang berlaku di Arsenal.

Kini kelab itu perlu meredakan sedikit keadaan kucar-kacir di kalangan pemain mereka.

Wenger segera bertindak dengan mengenakan tindakan ke atas Gallas tetapi beliau menegaskan bahawa krisis sekarang boleh dielak jika para pemain lain mengekalkan keyakinan mereka.

‘Dengan sebuah pasukan yang kuat dalam sebuah kelab yang mantap, kadangkala anda perlu melalui tempoh seperti ini,’ kata Wenger.

‘Bagaimana anda menangani keadaan seperti ini akan menentukan masa depan anda.

‘Saya percaya kami perlu cuba memenangi perlawanan akan datang dan tidak meletakkan sasaran (tidak munasabah) dan lihat ke mana arah tuju kami. Kami perlu cuba menang dan lihat ke mana kami selepas itu.’

Wenger tidak pernah membayangkan bahawa musim Arsenal akan bertukar menjadi seperti ini tetapi beliau enggan menamakan sesiapa untuk dipersalahkan.

‘Saya telah melalui minggu-minggu yang lebih teruk lagi. Saya sentiasa dapat menjaga diri sekalipun apabila kami menang,’ katanya.

‘Di kelab ini, kami tidak mengamalkan budaya menuding jari ke arah sesiapa pun. Kami mesti memikul tanggungjawab kami.’

Buat kali pertama, beliau – yang digelar sebagai ‘profesor’ oleh peminat yang biasanya menyorak kepercayaan mereka bahawa ‘Arsene tahulah’ – perlu menerima kesilapannya.

Keputusan beliau melantik Gallas sebagai kapten sering dilihat sebagai satu risiko memandangkan sikap pemain tersebut yang suka menyendiri dan ia kini terbukti meninggalkan kesan negatif.

Kini Wenger perlu membuat pembetulan bagi kesilapannya itu dengan pelantikan seterusnya.

Penjaga gawang, Manuel Almunia, menjadi kapten semasa kekalahan di tangan City tetapi Cesc Fabregas, yang sedang menjalani hukuman gantung, boleh dijadikan kapten jika Kolo Toure tidak sempat sembuh daripada kecederaan.

Dalam pada itu, Dynamo tiba di London dengan penuh kesedaran bahawa harapan mereka untuk mara terus daripada Kumpulan G akan musnah jika kalah di tangan Arsenal manakala Porto pula mengatasi Fenerbahce dalam satu lagi pertarungan kumpulan yang sama. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: