My Soccer World

Sekilas – Sukan

Posted on: November 30, 2008

Lennon bukti hebat bagi Spurs

LONDON: Pemain sayap, Aaron Lennon, wajar diberi peluang untuk menyerlah bersama pasukan England.

Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp, melahirkan pandangannya itu kepada Fabio Capello selepas persembahan cemerlang Lennon ketika Spurs menewaskan Blackburn Rovers 1-0 dalam satu pertarungan Liga Perdana kelmarin.

Dalam satu lagi perlawanan, West Ham United menewaskan Sunderland 1-0. — AFP.

Keita wira Barcelona

MADRID: Seydou Keita menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua bagi membantu pendahulu Liga Primera Sepanyol, Barcelona, seri 1-1 dengan Getafe kelmarin.

Getafe berjaya membendung serangan Barca pada separuh masa pertama dan mengejutnya menerusi serangan balas apabila Manu del Moral membuka jaringan.

Barca tidak bernasib baik apabila percubaan Samuel Eto’o terkena palang sebelum Keita menjaringkan gol penyamaan selepas rehat. — Reuters.

Milan disekat, Inter lebar jurang

ROME: AC Milan disekat 2-2 oleh Torino kelmarin bagi membuka peluang kepada juara bertahan, Inter Milan, melebarkan jurang tiga mata di tangga atas Liga Serie A Italy.

Alessandro Rosina menjaringkan penalti bagi Torino pada minit ke-78 untuk memberikan tuan rumah gol penyamaan selepas Ronaldo meletakkan Milan 2-1 menerusi tendangan percuma pada minit ke-34.

Sebelum ini, Torino membuka jaringan menerusi tandukan Roberto Stellone tetapi kecemerlangan penyerang Brazil, Alexandre Pato, mengawal bola umpanan Gennaro Gattuso membolehkannya menyamakan 1-1. — Reuters.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: