My Soccer World

Perang Psikologi United, City Hangat

Posted on: November 30, 2008


ROBINHO (kiri) dan Ronaldo berpeluang tunjukkan siapa lebih hebat malam ini.

Fergie, Hughes mahu pertahan status pasukan

MANCHESTER (England): Perang psikologi sudah pun hangat ketika ini di antara Manchester United dan pasukan tetangga, Manchester City ketika masing-masing bertekad memburu mata penuh untuk memastikan status dipertahankan menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), hari ini.

Tidak dinafikan United akan berusaha membalas dendam selain berusaha mengangkat kembali peluang mereka dalam memperbaiki kedudukan dalam carta liga apabila turun ke gelanggang berdepan musuh tradisi mereka itu di Stadium City of Manchester nanti.

United ketika ini berada lapan mata di belakang pendahulu Chelsea, yang akan berdepan Arsenal pada perlawanan lewat, hari ini dan Liverpool yang tidak akan bermain sehingga mereka berdepan West Ham, esok.

Jika prospek mendapatkan tiga mata penting tidak cukup dijadikan motivasi buat skuad bimbingan Sir Alex Ferguson, mereka juga perlu menjaringkan gol selepas kekecewaan berdepan jiran tetangga itu, musim lalu.

Dalam perlawanan musim lalu di City, United mendominasi tetapi tewas kepada jaringan hebat Geovanni dan City menambah duka dengan kemenangan 2-1 di Old Trafford pada sambutan ke-50 peristiwa nahas udara Munich.

Pengambilalihan oleh Abu Dhabi United Group menjadikan City antara kelab terkaya di dunia, bermakna kelab berpangkalan di Eastlands itu dijangka akan bersaing dalam kelompok empat pasukan gergasi dalam tempoh terdekat.

Dan pertahanan Patrice Evra, yang melalui mimpi ngeri dalam penampilan pertama apabila tewas 3-1 di tangan City pada Januari 2006, menjelaskan bahawa ada sesuatu yang istimewa dalam pertemuan dengan kelab bimbingan Mark Hughes itu.

Pemain dari Perancis itu berkata: “Kami perlu menunjukkan kepada Man City bahawa mereka tidak setanding kami. Tahun lalu kami tewas enam mata, tetapi kami memenangi liga tetapi bagi peminat ia adalah penampilan yang hebat jika menang mengatasi City.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: