My Soccer World

Kecederaan Terbaru Torres Gugat Perancangan Benitez

Posted on: November 30, 2008

LIVERPOOL: Rafael Benitez mengakui betapa dia hairan dengan kecederaan hamstring terbaru dialami penyerang bintang Liverpool dari Sepanyol, Fernando Torres.

Torres akan terlepas sekurang-kurangnya aksi tiga minggu perlawanan selepas cedera ketika kemenangan 1-0 dalam Liga Juara-Juara Eropah berdepan Marseille di Anfield, Rabu lalu.

Dia juga sudah terlepas lima minggu dalam kempen sama kerana masalah kecederaan.

“Jelas kerana dia pernah cedera sebelum ini, ia menjadi kebimbangan,” kata Benitez.

“Kami sedang bekerjasama dengan kakitangan perubatan untuk menganalisis sebab kenapa ia berlaku dan cuba untuk menghalangnya daripada berlaku semula.

“Dia amat tepat, jadi ia amat mengejutkan. Ia adalah penamat perlawanan. Kami hanya perlu melakukan latihan dan melihat keseimbangan pemain.”

Benitez, yang akan bertemu West Ham dalam Liga Perdana Inggeris, esok menambah bahawa tiada jaminan Torres akan kembali ke dalam pasukan.

“Saya bersamanya selain fisioterapi dan dia sedang berusaha untuk sembuh. Tetapi ia sentiasa bergantung kepada pemain itu.

“Ia adalah satu yang sukar kerana kami pernah kehilangannya sebelum ini dan kami sudah bercakap mengenai persefahaman antaranya dan Robbie Keane, antaranya dan Steven Gerrard,” katanya. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: