My Soccer World

Gol Muntari Bantu Inter Atasi Juventus

Posted on: November 30, 2008

ROME: Gol tunggal separuh masa kedua sumbangan pemain midfield Ghana, Sulley Muntari, cukup untuk memberi Inter Milan kemenangan tipis 1-0 ke atas Juventus di San Siro, kelmarin.

Kemenangan itu memberikan Inter, juara bertahan, kelebihan empat mata di persada Liga Serie A Italy walaupun pesaing terdekatnya, AC Milan, mampu merapatkan jurang jika mereka memenangi pertarungan di Torino lewat malam tadi.

Pada masa yang sama, Fiorentina juga meningkatkan saingan selepas membenam Udinese 4-2 di padang sendiri dan melompat ke tangga keempat dengan Juventus kekal di tangga ketiga.

Pengurus Inter, Jose Mourinho, menyifatkan kunci kejayaan itu ialah perubahan corak permainan yang berpegang pada disiplin pemainnya bermain mengikut taktik yang diarahkannya.

‘Saya memiliki pasukan yang bijak dan mereka melakukan semua yang perlu untuk memenangi perlawanan ini. Mereka memusatkan tumpuan mencatat kemenangan dan mereka akhir menang.

Pasukan tuan rumah memecahkan kebuntuan 18 minit sebelum tamat permainan selepas umpanan Zlatan Ibrahimovic tepat menuju kepada Muntari, yang tidak menghadapi masalah menyumbat gol melepasi penjaga gawang lawan.

Di Florence, Fiorentina bangkit dalam separuh masa kedua untuk membenam Udinese di Stadium Artemio Franchi.

Fiorentina ketinggalan 0-1 hasil jaringan Antonio Floro Flores sebelum Adrian Mutu menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tendangan penalti tujuh minit selepas permainan separuh masa kedua bermula.

Riccardo Montolivo bertindak cemerlang menyumbat dua gol pada minit ke-78 dan ke-79 sebelum Alberto Gilardino mengukuhkan kedudukan 4-1.

Namun, pasukan pelawat tidak mudah mengaku kalah dan berjaya menyumbat gol sagu hati pada minit ke-83 menerusi tendangan penalti selepas Gianluca Comotto di perintah keluar padang. — AFP, Soccernet.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: