My Soccer World

Demi Dabik Dada

Posted on: November 30, 2008

MANCHESTER: Manchester United akan menggunakan pertemuan dengan pasukan jiran, Manchester City, sebagai medan membalas dendam kekalahan lalu dan meletakkan peluang mereka mempertahankan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali ke landasan sebenar, hari ini.

United ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Chelsea, yang berhadapan Arsenal hari ini, dan Liverpool yang menentang West Ham, esok.

Jika prospek untuk mendapatkan tiga mata tidak cukup untuk dijadikan motivasi buat pasukan bimbingan Alex Ferguson, mereka mungkin boleh mengenang kembali kekalahan kepada City musim lalu bagi meningkatkan semangat.

Pada pertemuan di gelanggang lawan itu, United menguasai perlawanan tapi tewas menerusi jaringan Geovanni dan City melengkapkan sengsara United apabila menang 2-1 di Old Trafford.

Tindakan Abu Dhabi United Group mengambil alih City menjadikan mereka kelab terkaya di dunia dan dijangka mampu memberikan cabaran lebih sengit kepada empat pasukan utama EPL beberapa tahun lagi.

Pemain pertahanan United, Patrice Evra, yang beraksi ketika United tewas 1-3 kepada City dalam penampilan pertamanya bersama kelab pada Januari 2006, mengakui pertemuan hari ini mempunyai keistimewaan tersendiri.

Kata pemain Perancis itu: “Ia perlawanan besar bagi kedua-dua pasukan. Ia perlawanan yang amat penting untuk kami dan peminat, juga kepada mereka yang bekerja untuk kelab ini.

“Kami perlu menunjukkan kepada Man City bahawa mereka tidak sebagus kami. Tahun lalu kami kehilangan enam mata, tapi kami memenangi liga dan bagi peminat, ia hadiah cukup bermakna buat mereka jika kami menewaskan City.”

United masih belum mendapat rentak permainan sebenar musim ini dan hanya mampu meraih dua kemenangan daripada enam perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

Rekod perlawanan mereka di tempat lawan yang tidak memuaskan apabila hanya mencatatkan dua kemenangan daripada tujuh perlawanan adalah punca utama mengapa United ketinggalan dalam saingan liga.

Begitupun, Ferguson yang perlu membuat keputusan sama ada menurunkan Dimitar Berbatov yang mengalami kecederaan hamstring, yakin United akan mula mengorak langkah pada babak kedua kempen musim ini.

Katanya: “Kami menghadapi banyak perlawanan sukar. Chelsea, Arsenal dan kini Man City di gelanggang lawan, perlawanan selepas beraksi di peringkat Liga Juara-Juara Eropah selalunya tidak mudah.

“Saya harap babak kedua musim ini menjanjikan keadaan yang lebih baik buat kami kerana ketika ini, kami bermain untuk mengejar pasukan di hadapan.”

Pengurus City, Mark Hughes dijangka menurunkan Robinho, Elano dan Pablo Zabaleta selepas mereka tidak beraksi dalam kemenangan 2-0 ke atas Schalke dalam Piala Uefa, Khamis lalu.

Menundukkan Arsenal 3-0 dalam perlawanan EPL terakhir mereka sebelum mencatatkan kemenangan di Jerman, pemain tengah Vincent Kompany percaya City berada dalam prestasi terbaik untuk menghadapi pertemuan dengan United.

Pemain Belgium itu dipindahkan posisi dari pertahanan tengah sejak tiba di City dari kelab Jerman, Hamburg, Ogos lalu dan Kompany berasakan pasukannya mula menunjukkan kawalan dan disiplin yang tidak mereka miliki di awal musim.- AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: