My Soccer World

Arsenal Masih Terlalu Gagah Untuk Diketepi

Posted on: November 30, 2008

LONDON: Walau dilanda krisis, usah perlekeh peluang Arsenal bersaing merebut kejuaraan Liga Perdana England.

Ini bukan kata-kata pengurus kelab London itu, Arsene Wenger, tetapi oleh ‘musuh’ dan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Menurut beliau, Arsenal terlalu gagah untuk diketepikan daripada saingan merebut mahkota meskipun selepas kecundang 0-3 di tangan Manchester City kelmarin.

Kekalahan itu yang paling buruk bagi Arsenal musim ini dan berpunca daripada masalah dalaman menjelang perlawanan.

‘Arsenal mempunyai ramai pemain berkualiti untuk diketepikan daripada saingan merebut kejuaraan,’ kata Ferguson selepas pasukannya seri 0-0 di Aston Villa.

Ini kekalahan kedua berturut-turut bagi Arsenal selepas tewas kepada Villa di Stadium Emirates sebelum ini.

Keputusan-keputusan itu dan kemelut dalam bilik persalinan meletakkan Arsenal dalam kedudukan yang sukar.

Pemain pertahanan Perancis, William Gallas, dilucutkan sebagai kapten selepas mengecam rakan-rakan sepasukan pada minggu lalu kerana didakwanya kurang kesungguhan.

Malah, beliau tidak disertakan dalam pasukan ke perlawanan dengan City dan kini di tangga kelima – 10 mata di belakang Chelsea dan Liverpool.

Tanpa Gallas, penjaga gawang, Manuel Almunia, menjadi kapten tetapi beliau menyaksikan tiga gol membolosi gawangnya dengan City melompat ke tangga ke-11.

‘Tidak ada apa yang perlu dijelaskan,’ kata Wenger mengenai Gallas sambil menegaskan bintang Perancis itu masih mempunyai masa depan di Arsenal.

‘Saya tetap yakin terhadap pasukan ini. Kami tidak seharusnya terlalu banyak bercakap dan mengekalkan perpaduan dan bekerjasama.’

Pemian midfield City, Stephen Ireland, memanfaatkan kesilapan bek kiri Gael Clichy untuk memecah kebuntuan pada minit ke-45.

Bintang Brazil, Robinho, kemudian menjaringkan gol cemerlang pada minit ke-56 dengan menewaskan Almunia yang meluru keluar.

Dua minit selepas Daniel Sturridge dimasukkan sebagai pemain gantian, beliau dijatuhkan oleh Johan Djourou dan beliau sendiri menjaringkan gol dan melengkapkan kemenangan City.

Sementara itu, Fernando Torres kembali dalam kesebelasan Liverpool tetapi gagal menjaringkan gol – bagi tujuh perlawanan berturut-turut.

Penyerang Sepanyol itu gagal menunjukkan persefahaman yang baik dengan rakan penyerang, Robbie Keane.

Penjaga gawang Fulham, Mark Schwarzer, bertindak cemerlang menyelamatkan percubaan-percubaan Keane dan Dirk Kuyt untuk memberikan satu mata berharga kepada pasukannya. — AFP.

Cyberita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: