My Soccer World

Arsenal, Chelsea Galas Misi, Harapan Berbeza

Posted on: November 30, 2008


PENJAGA gol Fulham, Mark Schwarzer cuba menyelamatkan kubu daripada asakan tiga pemain Aston Villa (dari kiri) Martin Laursen, Steve Sidwell dan Curtis Davies dalam saingan EPL di Stadium Villa Park, malam tadi. Perlawanan berkesudahan seri 0-0.

LONDON: Cita-cita Arsenal yang semakin pudar memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan berdepan saat penentuan apabila mereka bakal berdepan pendahulu, Chelsea dalam pertemuan berjiran London di Stamford Bridge, hari ini.

Kekalahan ketiga berturut-turut dalam liga akan menyaksikan The Gunners terus terjunam dan ketinggalan 13 mata di belakang lawan bergelar The Blues itu selepas 15 perlawanan.

Namun, jika menang di Stamford Bridge – tempat Chelsea hanya tewas hanya sekali dalam 89 perlawanan liga – ia akan memberikan tanggapan baik kepada semua pasukan teratas bahawa Arsenal kini kembali dalam buruan liga.

Walaupun persembahan longlai anak didik Arsene Wenger di padang serta perbalahan di bilik persalinan, pengurus kelab berkenaan akan tetap memberikan cabaran.

“Musim ini kami bermain lebih baik berdepan empat pasukan terbaik,” katanya.

“Kami tidak menafikan kerana kami tewas berdepan pasukan yang bukan pilihan berdepan empat pasukan gergasi. Kenapa? Mungkin kerana mereka bermain gaya bola sepak berbeza.

“Saya percaya pasukan seperti Manchester City dan Aston Villa memiliki kekuatan dan memberikan cabaran buat sesiapa saja.

“Kami perlu memiliki keinginan tinggi dan menunjukkan kekuatan sebenar kami, bukan berselindung. Kami boleh bermain dan menang di mana-mana saja di dunia. Kami tahu Chelsea adalah pasukan hebat dengan pemain terhebat tetapi kami boleh menewaskan mereka jika kami bermain perlawanan terbaik kami.”

Dalam keadaan krisis ketika ini, Wenger menerima sokongan daripada pihak yang paling tidak dijangkakan iaitu pengurus dari pihak lawan – Luiz Felipe Scolari.

“Wenger ialah jurulatih yang sudah berada di sana sejak 12 tahun. Dia adalah individu yang membina pasukan. Menjual itu dan ini, kemudian meletakkan pemain lain,” katanya.

“Arsenal sangat bagus setiap tahun. Dan apabila anda menukar dua atau tiga pemain dalam satu musim, anda memerlukan masa. Pada masa ini, saya rasa Arsenal boleh bermain sangat hebat dan menang lebih banyak perlawanan.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: