My Soccer World

Sentuhan Messi Ditagih

Posted on: November 29, 2008

MADRID: Pendahulu Liga Sepanyol, Barcelona memburu prestasi cemerlang ketika menyingkirkan Sporting Lisbon daripada Liga Juara-Juara Eropah menjelang kunjungan ke Sevilla, hari ini.

Sentuhan hebat Lionel Messi yang menjadi kunci kemenangan, 5-2 di Portugal, untuk mengesahkan tempat pasukannya ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, memaksa Barcelona sekali lagi bergantung kepada khidmat penyerang antarabangsa Argentina itu.

Dia direhatkan minggu lalu ketika menentang Getafe dan tanpa kehadirannya, Barca seakan hilang arah dan hanya mampu mencatat keputusan seri.

Messi membarisi kesebelasan utama menentang Sporting dengan bertindak selaku penyerang tengah bersama gandingan dua lagi penyerang, tetapi bertukar ke posisi sayap selepas Barca mendahului.

“Messi bermain selaku penyerang tengah kerana Sporting menggunakan formasi berlian dan saya fikir jika dia berada di bahagian tengah, dia mampu terus melepasi kawalan pertahanan tengah.

“Bermain di posisi sayap lebih tertekan dan kami mahu melindunginya,” kata jurulatih Barca, Pep Guardiola.

Sevilla memburu peningkatan keberkesanan jentera serangan dan sekalipun mengamalkan corak permainan menyerang, mereka bergelut menjaringkan gol musim ini.

Penyerang, Luis Fabiano lulus ujian kecergasan bersama pertahanan, Sebastian Squillaci dan Julien Escude.

Real Madrid, yang turut layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara, merapatkan jurang perbezaan kepada tiga mata di belakang pendahulu hasil kemenangan kurang meyakinkan ke atas Recreativo Huelva, minggu lalu. Mereka akan berdepan Getafe dengan deretan kecederaan berpanjangan diketuai Ruud van Nistelrooy.

Namun, moral mereka sedikit meningkat apabila Arjen Robben dan Fabio Cannavaro kembali menyertai sesi latihan pasukan.

Villarreal, muncul pasukan tunggal belum tewas dalam Liga Sepanyol sebelum rekod itu dimusnahkan pembunuh pasukan gergasi, Valladolid, hujung minggu lalu.

Kini, dengan tiket ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara sudah berada dalam tangan, mereka berpeluang mencurah tumpuan kepada saingan liga domestik dengan lawan berikutnya, Recreativo selaku pasukan tangga tercorot yang belum menang sepanjang tempoh 11 minggu. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: