My Soccer World

Scolari Waspada

Posted on: November 29, 2008

LONDON: Luiz Felipe Scolari percaya Arsenal masih mempunyai peluang realistik untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) biarpun jika Chelsea mencatat kemenangan penting ke atas pasukan bimbingan rakan lamanya, Arsene Wenger.

Chelsea yang diterajui Scolari mampu melebarkan jurang dengan 13 mata di depan Gunners sekiranya mereka menang dalam pertembungan di Stamford Bridge, esok, tetapi pengurus Blues itu yakin jarak itu masih berupaya dirapatkan.

Jurulatih dari Brazil itu merujuk kepada Chelsea yang pernah ketinggalan sembilan mata di belakang Manchester United musim lalu dan berusaha untuk memburu gelaran itu hingga ke hari terakhir, jadi beliau tidak boleh mengetepikan kemampuan anak buah Wenger.

“Ingat musim lalu. Chelsea berada sembilan mata di belakang United pada separuh perjalanan liga tetapi mereka terus beraksi untuk kejohanan itu hingga saat terakhir,” kata Scolari.

“Biarpun jika anda ketinggalan 15 mata dengan baki lima perlawanan, anda masih belum bergelar juara di England. Anda hanya akan menjadi juara pada penghujung perlawanan terakhir.”

Apa saja keputusannya hujung minggu ini, Scolari menegaskan ia tidak akan menjejaskan hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pengurus itu yang pernah mengendalikan kelab Jepun pada 1990-an.

Wenger mengendalikan Grampus Eight selama dua tahun manakala Scolari semusim dengan kelab Jubilo Iwata dan sejak itu kedua-dua mereka terus bersahabat.

“Ini adalah kali pertama saya menentang Wenger, dia adalah sahabat saya sejak 10 atau 12 tahun lalu,” kata Scolari. “Saya bertemu dengannya buat kali pertama di Jepun dan kami bersahabat karib.

“Saya amat meminatinya sebagai jurulatih. Jika saya memilih lima jurulatih terbaik dunia, dia adalah seorang daripada mereka,” katanya.

Selepas kalah kepada Liverpool di laman sendiri, seri dengan United dan tewas di Roma, Scolari masih memburu kemenangan pertamanya dalam perlawanan penting buat Chelsea.

Beliau menyedari pihaknya akan berdepan ujian getir apabila menentang Arsenal yang mempunyai prestasi tidak menentu tapi mampu memberi tentangan terhadap pasukan terhebat.

“Pasukan Arsene mempamerkan aksi bola sepak sejati jadi agak sukar untuk menang,” kata Scolari.

“Permainan bola sepak mereka begitu sempurna dan dalam perlawanan ini, mereka bermain lebih baik dalam perlawanan lain. Kami perlu sedar hakikat itu.

“Saya menyaksikan perlawanan mereka ketika menentang Manchester United dan ia adalah antara perlawanan terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Perlawanan menentang Chelsea juga akan menjadi seperti itu. Orang ramai di seluruh dunia akan menulis mengenai perlawanan ini,” katanya. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: