My Soccer World

Rooney Perlekeh City

Posted on: November 29, 2008

LONDON: Wayne Rooney menambah rencah pertemuan dua skuad Manchester minggu ini apabila mempersendakan harapan City untuk menumbangkan United.

Pertemuan malam esok yang dijalankan sebelum pertembungan pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea menentang Arsenal, akan menjadi pertembungan bandar Manchester yang pertama sejak City diambil alih jutawan Abu Dhabi, Sheikh Mansour bin Zayed al-Nahyan.

Pemilik baru itu sudah mengeluarkan belanja puluhan juta pound untuk mendapatkan Robinho dan ramai lagi bintang dijangka mengikut jejak pemain Brazil itu berhijrah ke City, Januari ini.

Tetapi pelaburan besar itu masih belum menghasilkan keputusan yang diingini dan City sedang berada di kelompok kedua liga – sama seperti keadaan musim lalu iaitu ketika dibimbing Sven-Goran Eriksson.

Jurulatih kelahiran Sweden meninggalkan pencapaian yang cukup baik musim lalu apabila menang kedua-dua pertemuan dengan United dan ia perlu difikirkan Mark Hughes.

Secara sinis, Rooney berkata: “Saya akan menunjukkan kepada City siapakah raja Manchester yang sebenar.”

Kenyataan yang menyebut City kini berada pada tahap terbaik permainan bakal teruji apabila berdepan juara bertahan Liga Perdana Inggeris serta Eropah itu.

“Memang City mendapat semua publisiti yang diperlukan tetapi ia tidak langsung menggugat kami,” kata Rooney. “Jika mereka juara bertahan, mungkin kami akan takut tetapi mereka sekadar berada di pertengahan liga dan justeru, kami tidak langsung bimbang.” – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: