My Soccer World

Robinho Dijangka Beraksi

Posted on: November 29, 2008

MANCHESTER: Penyerang Manchester City, Robinho dijangka kembali daripada kecederaan untuk beraksi pada perlawanan derby pertama menentang Manchester United, esok.

Selepas terlepas beraksi ketika skuadnya menang 2-0 di Schalke pada saingan Piala Uefa akibat kecederaan pergelangan kaki, Robinho dinilai pada sesi lewat latihan semalam.

Pengurus City, Mark Hughes juga dijangka mengalu-alukan semula pemain pertahanan, Pablo Zabaleta selepas disahkan tidak dapat beraksi akibat ketegangan paha manakala penyerang, Elano juga tidak bermain untuk bersama isterinya yang baru melahirkan anak.

“Pemain yang tidak disenaraikan begitu berharap mereka akan terpilih. Robby, Elano dan Pablo sudah meningkat sepanjang minggu, jadi saya berharap peningkatan itu akan berterusan dan mereka akan menjadi antara pilihan bagi saya,” kata Hughes, semalam.

Sekalipun ketiadaan Robinho, City layak ke peringkat kalah mati Piala Uefa.

Bagaimanapun, pemain pertahanan, Javier Garrido masih diragukan untuk beraksi esok selepas mengalami lebam sewaktu separuh masa pertama di Jerman. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: