My Soccer World

Pompey Hampa

Posted on: November 29, 2008

PARIS: Penyerang veteran AC Milan dari Itali, Filippo Inzhagi menjaringkan gol ke-65 peribadinya dalam kancah Eropah untuk menyekat cita-cita Portsmouth dalam Piala UEFA dengan keputusan seri 2-2 kelmarin ketika Manchester City dan Tottenham beroleh kemenangan selesa.

Portsmouth yang kali pertama beraksi dalam kejohanan Eropah, mendahului 2-0 sewaktu pertembungan Kumpulan E di Fratton Park selepas memperolehi gol jaringan Younes Kaboul dan Kanu.

Bagaimanapun, Ronaldinho selaku pemain gantian, merapatkan kedudukan dengan sepakan percuma yang menarik pada minit ke-84 sebelum Inzhagi meledakkan gol dua minit sebelum masa kecederaan untuk meletakkan Milan yang kini mempunyai tujuh mata, mara ke pusingan kalah mati.

“Kami agak terumbang-ambing untuk menyekat kemaraan mereka tetapi mereka mempunyai beberapa pemain cemerlang dan jika anda terlalai, mereka akan menghukum anda,” kata pengurus Portsmouth, Tony Adams.

Manchester City menang kedua-dua perlawanan dalam Kumpulan A dengan kemenangan 2-0 terhadap pasukan Jerman, Schalke 04 di Gelksenkirchen selepas menang 3-2 menentang FC Twente.

Paris Saint Germain yang seri 2-2 dengan Racing Santander dalam kumpulan sama memastikan anak buah Mark Hughes memperolehi tiket ke pusingan berikutnya.

City mendahului selepas setengah jam apabila hantaran Daniel Sturridge berjaya disambut penyerang Zimbabwe, Benjani Mwaruwari untuk jaringan pertama, mengejutkan sebahagian besar daripada 60,000 penyokong.

Pemain tengah yang semakin meningkat prestasinya, Stephen Ireland menjaringkan gol kedua pada minit ke-65.

Kemenangan itu adalah susulan kejayaan meyakinkan City menewaskan Arsenal, 3-0 di laman sendiri pada hujung minggu lalu dan Hughes berpendapat pasukannya berada di kedudukan terbaik menjelang pertembungan dengan Manchester United, esok.

“Ia minggu yang hebat,” katanya. “Ia bermula begitu baik dengan menewaskan Arsenal dan kami meneruskannya dengan persembahan hebat di sini dan ia membawa kami untuk perlawanan penting hujung minggu ini,” katanya.

Tottenham memperolehi kemenangan 1-0 terhadap pasukan Belanda, NEC Nijmegen dengan tandukan Jamie O’Hara pada minit ke-14 memastikan peluang buat mereka selepas percubaan Fraizer Campbell terkena palang.

Pasukan Harry Redknapp kini mempunyai enam mata daripada tiga perlawanan Kumpulan D yang mungkin sudah cukup untuk menyaksikan mereka mara.

“Permukaan padang tidak begitu elok,” kata Redknapp. “Sukar untuk menggerakkan bola tapi kami begitu kuat dan tidak begitu tertekan. Enam mata itu saya rasa sudah memadai.” – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: