My Soccer World

Nicol Calon Global

Posted on: November 29, 2008


Nicol Ann David

Ronaldo, Torres, Hamilton turut disenarai ESPN

RATU skuasy negara, Nicol Ann David adalah beberapa personaliti sukan global yang dicalonkan untuk memenangi Anugerah Pilihan Ramai-ESPN STAR Sports selepas berjaya meninggalkan impak besar dalam kejohanan disertai tahun ini.

Pencalonan gadis genit dari Pulau Pinang ini yang bakal mengetuai cabaran negara dalam Kejohanan Berpasukan Dunia di Mesir bermula, Ahad ini difahamkan berpandu kepada aksi dan pencapaian konsisten serta teknik dan keyakinan tinggi di gelanggang saingan sepanjang tahun ini.

Selain Nicol yang melakar gemilang dengan meraih 10 mahkota kejuaraan, musim ini calon lain turut tersenarai termasuk bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dan Fernando Torres; juara Formula Satu (F1), Lewis Hamilton; jaguh kriket, Sachin Tendulkar, MS Dhoni dan Sourav Ganguly; bintang bola keranjang NBA, Kobe Bryant dari LA Lakers dan pemain golf profesional yang masih belum digugat, Tiger Woods.

Calon lain adalah pelumba motosikal MotoGP, Valentino Rossi; pendahulu dan pemecah rekod Olimpik Beijing, Michael Phelps serta Usain Bolt selain atlit utama Asia seperti peninju nombor satu dunia dalam kategori lightweight, Manny Pacquiao dari Filipina dan penembak air rifle, Abhinav Bindra – pemenang pingat emas Olimpik pertama India dalam tempoh 28 tahun.

“Secara keseluruhan, mereka yang dalam senarai elit memberikan kesan besar dalam dunia sukan tahun ini dan saya tidak terperanjat andai peminat sukan bermotor akan membuat undian besar ke atas Lewis Hamilton yang memberi suntikan baru selepas pemergian Michael Schumacher,” kata penyampai STAR Sports, Paula Malai Ali.

Sementara itu, ‘orang kuat’ SportsCenter dan pengacara Football Forecast, Andrew Leci yang berpendapat Nicol juga berhak memenangi anugerah itu, berkata: “Nicol mendominasi dunia skuasy. Dia membuktikan teknik, keyakinan dan kepercayaan pada diri adalah senjata penting dalam memperjuangkan semangat kesukanan.”

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: