My Soccer World

Napoli Tekad Benam Inter

Posted on: November 29, 2008

ROME: Napoli yang mencatatkan lonjakan prestasi mengejutkan dalam Serie A, bertandang ke Inter Milan, hujung minggu ini dengan misi mencontohi kehebatan Panathinaikos dan meninggalkan San Siro dengan tiga mata penuh.

Napoli kini berkedudukan layak ke Liga Juara-Juara Eropah sekalipun mencatat permulaan buruk awal musim.

Kapten, Francesco Montervino yakin, mereka memiliki kekuatan, terutamanya dalam gerakan serangan balas untuk mengecewakan skuad pendahulu kendalian Jose Mourinho itu selaku juara bertahan.

“Peluang kedua-dua pasukan terbuka. Kami perlu merendah diri tapi bersikap bijak. Kami tidak boleh bermain secara bertahan dan mengharapkan sentuhan pemain seperti (Ezequiel) Lavezzi dan (Marek) Hamsik, yang hebat dan pantas ketika serangan balas,” kata Montervino.

Strategi itu bukan pendekatan digunakan Panathinaikos ketika mengecewakan gergasi Itali terbabit tetapi bagi Napoli untuk merosakkan rancangan lawan, serangan perlu banyak dilakukan berbanding kekerapan memegang bola di kawasan pertahanan.

“Mungkin sesetengah pihak lupa bahawa kami mula bekerja pada 2 Julai lalu untuk bermain dalam Intertoto dan seperti pasukan lain, pemain terbaik kami terpaksa menggalas tugas antarabangsa.

“Momentum ini mampu diteruskan tapi, saya yakin aspek mental lebih penting berbanding fizikal. Ketika menentang Atalanta dan lebih buruk, Cagliari, aksi kami goyah berpunca cetek pengalaman pada hujung perlawanan,” katanya. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: