My Soccer World

Muzium Pelajaran Negara Ditubuh

Posted on: November 29, 2008

Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menubuhkan Muzium Pelajaran Negara yang mengumpulkan pelbagai khazanah serta artifak pendidikan negara sejak zaman sebelum kemerdekaan bagi menghargai sumbangan tidak ternilai yang dicurahkan warga pendidik.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata inisiatif mendirikan muzium berkenaan membabitkan kementeriannya, Kementerian Pelajaran serta Kementerian Pengajian Tinggi.

“Kementerian melalui agensi termasuk Muzium Negara, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara akan tampil memberi khidmat nasihat profesional terhadap penubuhan muzium berkenaan.

“Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi pula akan bekerjasama memantau pelbagai aspek pengisian muzium supaya menepati objektif penubuhan yang bukan saja bagi mengenang jasa serta pengorbanan guru mendidik anak bangsa, malah pengiktirafan tertinggi kerajaan yang mengakui sumbangan besar warga pendidik menghasilkan modal insan bagi pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran buku Maktab Kirkby – Satu Warisan dan Pameran Bergambar Maktab Kirkby, di sini semalam.

Ucapan beliau dibacakan timbalannya, Teng Boon Soon.

Pelancaran buku serta pameran gambar berkenaan adalah sebahagian aktiviti utama diadakan bagi Majlis Grand Reunion mengumpul kembali 1,500 guru dan 405 pelatih guru yang dihantar Kerajaan Malaya ke Maktab Kirkby, di Liverpool, England sejak 1951 bagi melatih guru aliran Inggeris negara ketika itu.

Buku Maktab Kirkby- Satu Warisan yang berharga RM200 itu akan dibekalkan ke sekolah dan institusi pendidikan tinggi negara sebelum dijual di pasaran terbuka. Kerajaan England turut mengundang buku itu bagi menyertai Pameran Buku London 2009, Mac depan untuk diperkenalkan sebagai buku yang memaparkan khazanah sejarah bernilai negara berkenaan.

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: