My Soccer World

Fabregas Membara

Posted on: November 29, 2008

LONDON: Kapten Arsenal baru dilantik, Cesc Fabregas, menegaskan skuad The Gunners masih belum menyerah kalah untuk memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Arsenal akan bertandang ke gelanggang pendahulu dan musuh London, Chelsea, esok, dengan hakikat mereka ketinggalan 10 mata berikutan lima kekalahan dalam saingan liga setakat ini.

Bagaimanapun, mereka mendapat inspirasi berdasarkan kemenangan 1-0 dalam Liga Juara-Juara di Dynamo Kiev di Emirates Stadium, Selasa lalu, menyaksikan Fabregas bermain pada perlawanan pertamanya sebagai kapten Arsenal.

Ramai pengulas dan pemerhati sudah menafikan peluang impian gelaran Arsenal tetapi tidak bagi pemain tengah Sepanyol berusia 21 tahun itu.

“Sasaran adalah menjulang trofi kejuaraan. Kami berada pada peringkat 16 terakhir kalah mati Liga Juara-Juara dan kini berada dalam saingan dalam setiap pertandingan.

“Kami sudah bermain 14 perlawanan liga musim ini dan ia masih belum berakhir. Tiada yang sudah pasti dan kami akan terus memberi saingan hingga ke penghujung perlawanan.

“Sasaran kami adalah pergi ke sana dan menang kerana kami boleh mendapat semula mata.

Pasukan lain berada di atas liga juga berdepan kesukaran jadi kita akan lihat.”

Fabregas turut berkata yang dia tidak merasakan tekanan tambahan sebagai kapten.

“Ia satu perlawanan biasa bagi kami dan saya tidak terlalu memikirkannya. Saya sangat komited kepada perlawanan itu dan saya tidak menyedari jika saya akan memakai lilitan lengan atau tidak. Saya akan cuba bermain untuk Arsenal dan rakan-rakan sepasukan dan memberikan aksi terbaik.” – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: