My Soccer World

Bola Shebby: Kisah Seorang Jeneral

Posted on: November 29, 2008

bolashebby@hmetro.com.my

BARU-BARU ini tercetus kontroversi ketua pasukan Arsenal, William Gallas berperangai buruk dengan mengeluarkan kata-kata yang menyakiti hati rakan sepasukan, jurulatih dan penyokong.

Dia mengkritik persembahan serta karakter pemain muda Arsenal. Gallas seolah- olah menganggap dirinya sebagai pemain bertaraf dunia dengan sikap memukul gendang sendiri.

Tapi, bukankah ini Gallas yang merungut di tepi padang pihak lawan musim lalu ketika menentang Birmingham? Bukankah ini Gallas yang menangis tersedu-sedu apabila keputusan perlawanan hanya sekadar seri?

Ramai berpendapat Arsene Wenger seharusnya memecat beliau sebagai ketua pasukan ketika itu juga kerana itu adalah kerenah terburuk seorang ketua pasukan pernah ditunjukkan dalam sejarah. Biarlah ketua pasukan diberi kad merah dan diperintah keluar padang kerana mempertahankan maruah pasukan, tapi apakah gunanya seorang ketua pasukan yang bagaikan tidak mempunyai tulang belakang.

Kualiti atau ciri yang seharusnya ada pada diri seorang ketua pasukan selain daripada kebolehan di atas padang adalah karakter sebagai individu.

Kebolehan secara tidak langsung untuk menerima sokongan serta kepercayaan rakan sepasukan adalah kriteria terpenting.

Di Johor, saya bernasib baik kerana dibimbing Hassan Yahya, Rosli Mahmud serta Wan Jamak Wan Hassan yang kini menjadi ketua jurulatih Negeri Sembilan.

Hassan mungkin kelihatan agak sombong, tapi kualiti persembahan beliau serta kebolehannya menyampaikan nasihat secara lantang menunjukkan kebolehannya membaca permainan lawan.

Rosli serta Wan Jamak pula ketua pasukan kurang bersuara lantang, tapi tidak kurang efektif dengan menjadikan kepemimpinan mereka sebagai contoh.

Persembahan mereka dengan sikap bertungkus-lumus membakar semangat yang kemudiannya meresap ke setiap pemain sehingga pasukan Johor mempunyai slogan tersendiri – ‘semangat macam api’.

Pada lapangan antarabangsa pula, Datuk Soh Chin Aun dianggap ketua pasukan yang berinspirasi kerana kepantasan fizikal serta kepantasan pemikirannya.

Di arena antarabangsa pula Franz Beckenbauer, ketua pasukan dan legenda Jerman secara automatik melekat di minda bersama-sama Diego Maradona yang menjadi inspirasi hampir kesemua barisan yang dikemudi mereka. Kedua-duanya dianggap sebagai jeneral di atas padang sehingga kini.

Seorang lagi legenda yang menjadi inspirasi peribadi saya adalah Franco Baresi. Pemain serta ketua pasukan berbangsa Itali ini mengetuai pasukan kebangsaannya serta kelab AC Milan ketika era yang paling maju.

Bersama Ruud Gullit, Marco van Basten dan Frank Rijkaard, Baresi mencipta satu reputasi serta tahap persembahan yang luar biasa bersama AC Milan.

Seterusnya kembali kita ke masa kini dan keputusan Arsenal melantik pemain muda Sepanyol, Cesc Fabregas sebagai ketua pasukan adalah bijak kerana dia mempunyai kesemua ciri-ciri diperlukan sebagai ketua pasukan.

Saya tidak hairan jika Fabregas kelak diberi kepercayaan mengetuai pasukan kebangsaan Sepanyol selewat-lewatnya selepas Piala Dunia 2010. Beliau boleh dikatakan seorang yang mempunyai sikap kepemimpinan semula jadi.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: