My Soccer World

Ancelotti Sanjung Ronaldinho

Posted on: November 29, 2008


RONALDINHO meraikan kejayaan merobek gawang Portsmouth dalam saingan Piala UEFA di Fratton Park, kelmarin.

Bantu kebangkitan Milan dalam saingan Piala UEFA bertemu Portsmouth

PORTSMOUTH: Jurulatih AC Milan, Carlo Ancelotti memuji bintang bola sepak Brazil, Ronaldinho yang masuk ke padang untuk membantu kebangkitan kelabnya dalam saingan Piala UEFA menentang Portsmouth, kelmarin.

Dengan kelab ternama Itali itu ketinggalan 0-2 satu ketika di Fratton Park, Ronaldinho meledakkan sepakan percuma cantik pada minit ke-84 untuk mengurangkan defisit sebelum Filippo Inzaghi menjaringkan gol penyamaan masa kecederaan untuk mencatat keputusan seri 2-2 dalam pertarungan Kumpulan E.

Ia adalah rekod gol Eropah ke-65 buat Inzaghi yang menolak masuk bola selepas pergelutan depan gawang kurang 30 saat sebelum tamat untuk memberikan skuadnya tempat dalam pusingan kalah mati.

“Kami hampir berputus asa tetapi tindak balas begitu bagus dan untuk bangkit daripada ketinggalan 2-0 seperti itu adalah menakjubkan,” kata Ancelotti.

“Ronaldinho jelas menjadi penentu kerana dia membuka permainan dengan sepakan percuma yang cantik. Permainan bertukar rentak selepas itu.”

Portsmouth, bermain dalam saingan Eropah pertama selepas memenangi Piala FA, menjaringkan pendahuluan dua gol melalui Younes Kaboul dan Kanu.

Keputusan seri itu meletakkan kelab Liga Perdana Inggeris berkenaan terdesak memerlukan dua kemenangan daripada baki dua perlawanan terakhirnya – di tempat lawan kepada Wolfsburg dan gelanggang sendiri bertemu Heerenveen – jika mahukan sebarang peluang realistik layak ke pusingan berikutnya.

Pengurusnya, Tony Adams berkata, pemainnya begitu kecewa tetapi menegaskan pasukannya merekodkan persembahan terbaik mereka sejak dia mengambil alih dari Harry Redknapp, bulan lalu. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,565 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: