My Soccer World

Scolari Yakin Kemampuan Chelsea

Posted on: November 28, 2008

BORDEAUX (Perancis): Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari tetap yakin pasukannya layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara walaupun sekadar seri 1-1 dengan Bordeaux pada saingan peringkat kumpulan, semalam.

“Jika kami tidak boleh menang ke atas Cluj di gelanggang sendiri nanti, lebih baik saya pulang saja ke Brazil,” kata jurulatih kelahiran Brazil berusia 60 tahun itu.

“Peluang untuk layak memang cerah tetapi kami perlu menang perlawanan terakhir. Dengan pemain sedia ada, kami mempunyai 75 peratus peluang untuk menundukkan Cluj.

Kad merah yang dilayangkan terhadap Frank Lampard itu juga membuatkan malam Chelsea semakin suram kerana semua apa yang dirancangkan tidak menjadi.

“Ia adalah kad merah dan saya akan kehilangan satu lagi pemain untuk perlawanan selepas ini. Lima minit terakhir kami sedikit tertekan kerana kekurangan seorang pemain tetapi saya akan bercakap kepada pemain mengenai itu selepas ini.”

Lampard turut kecewa dengan kad merah yang diterimanya dan menyalahkan pengadil pada perlawanan yang menyaksikan lapan kad kuning serta satu kad merah dikeluarkan.

“Biasanya kami berkawal ketat tetapi kami membiarkan Diarra bergerak bebas dan akhirnya dia berjaya menjaringkan gol,” kata Lampard.

“Bagi kad merah itu, saya berpendapat ia kelihatan seperti sesuatu yang tidak wajar tetapi pengadil seolah- olah seronok mengeluarkan kad yang banyak.

“Kumpulan kami memang sengit dan kami mengharungi dua perlawanan yang cukup getir. Kami tidak mendapat keputusan yang diperlukan dan sekarang kami perlu menang di tempat sendiri.

“Tidak mudah mahu beraksi dengan baik sepanjang musim dan jika berdasarkan tentangan yang diberikan lawan, ini keputusan memuaskan kerana ternyata ia bukanlah pertemuan yang mudah,” kata Lampard. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: