My Soccer World

Scolari Yakin Chelsea Mara

Posted on: November 28, 2008

‘Kami punyai 75 peratus peluang tewaskan Cluj di tempat sendiri’

BORDEAUX, Perancis: Pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari kekal yakin pasukannya akan mengesahkan kelayakan bagi pusingan kalah mati Liga Juara-Juara sungguhpun gagal menahan asakan lewat Bordeaux dalam keputusan berkeputusan seri 1-1, kelmarin.

“Jika kami tidak dapat menewaskan Cluj di tempat sendiri selepas ini, baik saya pulang ke Brazil,” kata warga Brazil berusia 60 tahun itu.

“Kelayakan berada di dalam tangan kami tetapi kami perlu menang perlawanan terakhir. Dengan pemain yang kami miliki, kami mempunyai 75 peratus peluang untuk menewaskan Cluj.”

Kad merah Frank Lampard juga adalah titik hitam pada malam yang menyaksikan semuanya tidak menjadi buat Scolari dan anak buahnya.

“Ia adalah kad merah dan saya terpaksa kehilangan seorang lagi pemain bagi perlawanan seterusnya. Lima minit terakhir mereka mengenakan tekanan lebih kerana kami kekurangan seorang pemain tetapi saya akan bercakap kepada pemain mengenainya selepas ini.”

Lampard juga kecewa dibuang padang dan merasakan pengadil sepatutnya dipersalahkan dalam perlawanan yang menyaksikan lapan kad kuning dan satu kad merah dilayangkan itu.

“Kami begitu kental pada set piece tahun ini tetapi membenarkan pemain itu (Diarra) melepaskan diri dan menjaringkan gol,” keluh Lampard mengenai jaringan penyamaan itu.

“Mengenai kad merah itu, saya berasakan ia sesuatu yang tidak adil tetapi pengadil melayangkan kad sepanjang malam, jadi saya memberikannya peluang untuk mengeluarkan satu lagi.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: