My Soccer World

Mourinho Mengamuk

Posted on: November 28, 2008

MILAN: Jurulatih Inter Milan, Jose Mourinho membidas prestasi buruk pemainnya selepas juara Itali itu tewas 0-1 kepada Panathinaikos di tempat sendiri, semalam, namun tetap layak menyertai kelompok 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

Inter bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak Mourinho mengambil alih jawatan Roberto Mancini, dipecat sebaik tamat musim lalu. Kemenangan 2-0 mereka di Panathinaikos pada aksi sulung Kumpulan B adalah satu-satunya pencapaian cemerlang mereka di Eropah tahun ini.

“Panathinaikos sememangnya layak menang. Ramai orang mengatakan mereka bernasib baik tapi, saya tidak setuju.

“Berdasarkan prestasi perlawanan itu, kami sebenarnya tidak layak untuk mara. Kami perlu menyalahkan diri sendiri,” kata Mourinho kepada wartawan.

Inter, yang mendahului Serie A Itali, kekal di persada dan berpeluang mengesahkan kedudukan jika kemenangan di Werder Bremen, bulan depan.

Bagaimanapun, aksi keseluruhan Inter menimbulkan pertanyaan di kalangan peminat mengenai pemecatan Mancini, jurulatih yang membantu mereka merangkul kejuaraan liga Itali.

Kemenangan 1-0 ke atas Juventus, Sabtu lalu, dianggap aksi terbaik Inter musim ini tetapi mereka hilang rentak dan kreativiti menentang wakil Greece itu, yang menang hasil gol tunggal Jose Sarriegi menerusi tolakan mudah dalam babak kedua.

“Selepas meraikan kegembiraan Sabtu lalu, peminat Inter melalui saat sedih dan saya meminta maaf,” kata Mourinho. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: