My Soccer World

Liverpool Layak

Posted on: November 28, 2008

LIVERPOOL: Steven Gerrard membawa Liverpool ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Marseille, semalam.

Kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha, Gerrard dilihat tidak secergas biasa tetapi dia berjaya menyudahkan hantaran lintang Xabi Alonso pada minit ke-23 sekali gus mencipta jaringan ke-104 dirinya sejak mewakili Liverpool, 10 tahun lalu.

“Ia perlawanan getir tetapi kami berjaya menyempurnakan tugas yang kami pikul,” kata Gerrard yang terkena objek dilempar penyokong Marseille ketika bersedia mengambil sepakan sudut di penghujung babak pertama.

“Kami mahu tiga mata serta rekod bersih dan kami berjaya mendapatkan kedua-duanya.

“Ia babak kedua yang mengecewakan buat kami. Kami hilang kawalan ke atas bola dan ada beberapa perkara yang perlu kami beri perhatian.”

Pegawai UEFA, Sven Johannessen berkata insiden membabitkan Gerrard itu akan terkandung dalam laporannya dan itu bermakna UEFA akan menyiasat kejadian itu. Liverpool mungkin tidak dikenakan sebarang tindakan kerana objek itu dilempar penyokong skuad lawan.

Kekalahan sekali gus menamatkan kempen Liga Juara-Juara buat Marseille dan mereka akan merebut tempat ketiga Kumpulan D bersama-sama PSV Eindhoven andai mahu menyertai saingan Piala UEFA.

Liverpool yang mengekori Atletico Madrid kerana kurang perbezaan jaringan, boleh berharap untuk memilih lawannya jika muncul sebagai pendahulu kumpulan apabila bertemu PSV, 9 Disember nanti.

“Saya tidak pasti jika ia penting,” kata pengurus Liverpool, Rafa Benitez. “Kami pernah muncul juara kumpulan tetapi kemudiannya tersingkir selepas tewas di tangan Benfica, maka memang kita tidak pasti.”

Jaringan Gerrard yang hadir tiga hari sebelum dia menyambut ulang tahun ke-10 bersama Liverpool, seharusnya mendorong Reds menambah gol, namun pemainnya dilihat puas hati dengan kelebihan tipis itu walaupun Marseille terdesak mencipta kemenangan. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: