My Soccer World

Liverpool Ikut Jejak MU, Arsenal

Posted on: November 28, 2008

KAPTEN Liverpool, Steven Gerrard mencabar pemain Marseille, Ronald Zubar dalam saingan Liga Juara-Juara Kumpulan D di Anfield, kelmarin.

Kedudukan Chelsea ke pusingan kalah mati Liga Juara belum pasti

LIVERPOOL: Steven Gerrard memimpin Liverpool layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam dengan menyumbang jaringan tunggal pasukan menerusi tandukan ketika menewaskan Marseille 1-0 di Anfield.

Apapun, suasana agak muram bagi pendahulu liga, Chelsea yang terpaksa seri 1-1 ketika menentang kelab Perancis, Bordeaux dengan Frank Lampard dilayangkan kad merah, empat minit sebelum perlawanan berakhir. Tambah perit, laluan mereka layak ke pusingan berikut turut terbantut.

Kembali daripada kecederaan pangkal paha, Gerrard tampak kurang cergas, tetapi berjaya menyambut hantaran lintang Xabi Alonso pada minit ke-23 untuk menjaringkan golnya yang ke-104 sejak melakukan penampilan untuk Liverpool 10 tahun lalu.

“Ia perlawanan yang agak tegang tetapi masih dapat melaksanakan tugas dengan baik,” kata Gerrard, yang terkena objek dilontar penyokong Marseille ketika mengambil sepakan sudut di penghujung babak pertama. “Kami inginkan tiga mata penuh dan tidak melepaskan gol dan kami memperoleh kedua-duanya.

“Babak kedua agak mengecewakan buat kami. Kami hilang penguasaan sedikit dan ada beberapa aspek yang perlu diberi perhatian.”

Delegasi Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Sven Johannessen berkata, insiden membabitkan Gerrard akan dimasukkan dalam laporannya, yang bermakna UEFA akan menyiasat. Liverpool kemungkinan besar tidak berdepan sebarang tindakan kerana objek dilontar penyokong lawan.

Kemenangan itu menamatkan kempen Liga Juara-Juara buat Marseille, meletakkan kelab Perancis itu merebut tempat bersama PSV Eindhoven bagi tempat ketiga dalam Kumpulan D dan slot Piala UEFA dalam pusingan terakhir perlawanan.

Liverpool, yang ketinggalan kepada Atletico Madrid melalui perbezaan gol, boleh menjangkakan lawan yang lebih mudah dalam kelompok 16 pasukan terakhir dengan menjuarai kumpulan itu apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam kunjungan balas ke PSV pada 9 Disember ini.

“Saya tidak pasti pasukan mana akan dihadapi,” kata pengurus Liverpool Rafa Benitez. “Kamu sudah pernah peringkat kumpulan tetapi tewas dalam pusingan kedua kepada Benfica, maka anda tidak akan tahu.”

Benitez menguruskan kelab itu buat kali ke-66 di Eopah – mengatasi pencapaian Bill Shankly dari 1959-74. Tatkala Shankly tidak pernah memenangi Piala Eropah, seperti Benitez pada 2005, dia memenangi tiga gelaran Inggeris – keutamaan buat jurulatih dari Sepanyol itu. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: