My Soccer World

Kaka Intai Sertai City

Posted on: November 28, 2008

MANCHESTER: Perancang AC Milan, Kaka mahu beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan sudah bercakap dengan rakan sepasukan Brazil, Robinho dan Elano mengenai Manchester City.

Pemilik kaya-raya City dari Abu Dhabi dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 26 tahun itu.

“Saya sangat suka Liga Perdana,” kata pemain terbaik dunia itu menjelang perlawanan Piala Uefa di Portsmouth.

“Ia satu kejohanan yang sukar tetapi terdapat ramai pemain besar dan banyak pasukan besar, jadi saya rasa ia kejuaraan terbaik di dunia.

“Jadi, mungkin satu hari nanti tetapi saya tidak tahu bila, ia akan menjadi satu perkara hebat bermain di England.”

Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan memecahkan rekod perpindahan British untuk mendapatkan khidmat Robinho pada September apabila ahli keluarga kerabat diraja Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengetuai Kumpulan Bersatu Abu Dhabi membeli City.

Apabila ditanya mengenai perpindahan ke City, Kaka berkata: “Saya mempunyai ramai kawan yang bermain di sana, jadi saya melihat sebahagian perlawanan. Saya ada kalanya bercakap kepada Robinho dan Elano mengenai Manchester City.” – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: