My Soccer World

Gunners Kian Getir

Posted on: November 28, 2008

LONDON: Ketika prestasi Arsenal agak terkapai-kapai tiga minggu lalu, mereka bangkit dengan menewaskan Manchester United dan kini selepas satu lagi kekecewaan di kancah domestik, mereka perlu menang besar ketika berdepan pendahulu liga, Chelsea untuk kekal dalam perburuan gelaran juara.

Pertembungan di Stamford Bridge adalah satu daripada perlawanan tumpuan Sabtu ini, ketika Manchester United turut berkunjung ke Manchester City.

Liverpool yang berkongsi mata dengan pendahulu tapi ketinggalan berdasarkan perbezaan gol, menanti kunjungan West Ham United, malam Isnin ini.

Chelsea dan Liverpool berkongsi 33 mata manakala United 25, tapi kekurangan satu perlawanan. Selepas tewas 3-0 di tangan Manchester City, Arsenal tergelincir ke tangga kelima dengan 23 mata.

Kekalahan dalam perlawanan itu akan menyaksikan mereka ketinggalan 13 mata di belakang Chelsea dan pada hari Isnin, mereka akan semakin jauh ketinggalan terhadap Liverpool dengan United begitu hampir dengan mereka.

Pengurus pasukan, Arsene Wenger buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun membimbing skuad berkenaan mula menerima kritikan.

Kegagalannya membina kekuatan terhadap skuad itu pada musim rehat membuatkan peminat kecewa dan dengan ketiadaan gelaran sejak empat tahun kebelakangan ini, membuatkan rekod kemenangan musim 2003-2004 hanya tinggal sejarah.

Wenger mungkin boleh memberi tumpuan terhadap pemain remaja berpotensi dengan mempertaruhkan bakat mereka dalam Piala Liga tetapi ia akan mengambil masa untuk kesemua mereka diturunkan sebagai kesebelasan utama.

Bagaimanapun, dua pemain boleh dikecualikan iaitu pemain tengah berusia 16 tahun, Jack Wilshire, yang kali pertama merasai pengalaman beraksi di kancah Eropah dengan kemenangan 1-0 terhadap Dynamo Kiev Selasa lalu dan pemain tengah Wales, Aaron Ramsey yang semakin meningkat prestasinya.

Kemenangan itu melonjakkan Arsenal dalam kedudukan selesa di pusingan kalah mati Liga Juara-Juara dengan baki satu perlawanan, sekali gus membawa khabar gembira buat kelab itu.

“Ini adalah langkah pertama, apa yang diperlukan pasukan ini adalah sedikit jaminan dan kemenangan itu memberikan keyakinan terhadap kami,” kata Wenger selepas jaringan saat akhir Nicklas Bendtner.

Cesc Fabregas yang dilantik sebagai kapten selepas William Gallas dilucutkan daripada gelaran itu kerana mengkritik rakan sepasukannya berkata: “Kami menunjukkan bahawa kami bersatu dan sikap itulah yang menjadi tumpuan kami,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: