My Soccer World

Gegar Stadium Sepi

Posted on: November 28, 2008

MADRID: Atletico Madrid mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, hasil kemenangan 2-1 ke atas PSV Eindhoven dalam perlawanan dilangsungkan di stadium kosong.

Simao Sabrosa dan Maxi Rodriguez menjaringkan gol babak pertama untuk membantu Atletico mendahului di Stadium Vicente Calderon, yang sepi tanpa kehadiran 55,000 penonton selepas UEFA mengarahkan kelab Sepanyol itu mengadakan perlawanan secara tertutup ekoran insiden keganasan penyokong.

Danny Koevermans menjaringkan gol tunggal PSV pada minit ke-47.

Atletico meraih 11 mata, sama dengan Liverpool yang menewaskan Marseille 1-0, menerajui Kumpulan D hasil kelebihan jaringan dengan baki satu perlawanan. Marseille dan PSV masing-masing memiliki tiga mata.

“Saya amat bimbang jika kami gagal bermula baik pada awal permainan dan pemain pula menganggap pertemuan itu hanya sebagai perlawanan persahabatan dan bukannya Liga Juara- Juara Eropah.

“Saya tidak fikir ramai orang memilih kami untuk mara, tapi realitinya, kami melakukannya,” kata jurulatih Atletico, Javier Aguirre.

Pertahanan PSV, Carlos Salcido gagal mengeluarkan bola hantaran lintang dari sebelah kanan sebelum disambar Simao, m-14. Satu lagi kesilapan mengeluarkan bola pada m-28 membolehkan Maxi meledak menerusi sepakan lambung dalam petak penalti.

Koevermans mencipta gol keempat dalam lima perlawanan yang berpunca daripada situasi kelam-kabut depan gawang tatkala pertahanan Atletico bergelut untuk mempertahankan kelebihan satu gol pada hujung perlawanan.

“Kami akan melangkah ke perlawanan terakhir dengan kaki kanan kerana memiliki kelebihan satu perlawanan selain hakikat kami tergolong dalam kelompok 16 pasukan terbaik di Eropah. Ia adalah sesuatu yang kami berhak ke atasnya, sejak sekian lama,” kata Aguirre.

Perlawanan itu diadakan dalam stadium kosong akibat kekecohan penyokong mengenai isu perkauman ketika Atletico menang 2-1 ke atas Marseille pada 1 Oktober lalu.

Aguirre turut dikenakan penggantungan dua perlawanan atas tindakannya menghina salah seorang pemain kelab Perancis itu.

Satu gerai cenderahati di luar stadium menjual skaf bola sepak untuk memperingati pertemuan itu. Berhampirannya, sekumpulan peminat Atletico berkumpul kesejukan sambil melaungkan sokongan dan menyanyikan lagu kelab yang kedengaran dari dalam stadium sepanjang perlawanan. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,609 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: