My Soccer World

‘Arsenal Belum Putus Asa Buru Trofi EPL’

Posted on: November 28, 2008

LONDON: Cesc Fabregas, kapten Arsenal yang baru dilantik, menegaskan Gunners masih belum berputus asa untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Arsenal berkunjung ke gelanggang pasukan pendahulu dan musuh ketat London, Chelsea Ahad ini dan sedar mengetahui mereka kini berada 10 mata di belakang tempat teratas berikutan lima kekalahan musim ini.

Tetapi mereka disuntik kemenangan 1-0 Liga Juara-juara ke atas Dynamo Kiev di Stadium Emirates Selasa lalu – perlawanan pertama Fabregas sebagai kapten Arsenal.

Kemenangan ke atas pasukan Ukraine, diraih dengan jaringan lewat Nicklas Bendtner menyaksikan Arsenal mara ke pusingan 16 terakhir bola sepak Eropah dengan baki satu perlawanan.

Ia adalah keputusan yang dialu-alukan Arsenal berikutan tajuk akhbar negatif berikutan kritikan terbuka William Gallas ke atas rakan sepasukannya, yang menyaksikan lilitan tangan kapten Perancis itu ditarik balik pengurus Gunners, Arsene Wenger.

Harapan Arsenal untuk merebut gelaran mungkin dinafikan oleh pemerhati tetapi bukannya pemain Sepanyol berusia 21 tahun, Fabregas.

“Sasaran kami adalah untuk menjulang satu trofi. Kami melangkah ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dan masih bersaing dalam semua pertandingan.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: