My Soccer World

Raul Selamatkan Maruah Real Di Tempat Lawan

Posted on: November 27, 2008


RAUL GONZALEZ


MINSK, Belarus – Pengurus bermasalah Real Madrid, Bernd Schuster membuktikan bahawa sentuhannya masih lagi berbisa selepas berjaya membawa kelab gergasi Sepanyol itu mara ke pusingan kalah mati kempen Liga Juara-Juara kelmarin.

Kejayaan itu hadir selepas Real menang tipis 1-0 ke atas Bate Borisov pada aksi di Stadium Horodskiy kelmarin hasil jaringan kemenangan oleh penyerang prolifik, Raul Gonzalez.

Penyerang Sepanyol itu menjaringkan gol pada minit ketujuh perlawanan selepas memanfaatkan hantaran silang daripada pemain sayap, Royston Drenthe.

Dengan kemenangan itu, Real Madrid kini meraih sembilan mata selepas mengharungi lima perlawanan dan mara ke pusingan kalah mati bersama dengan Juventus yang mendahului Kumpulan H dengan 11 mata selepas seri tanpa jaringan di Zenit St. Petersburg.

“Apa yang penting ialah kami berjaya melepasi peringkat kumpulan pada kempen ini,” kata Schuster yang dikritik hebat ekoran prestasi hambar yang dipamerkan Real sejak kebelakangan ini.

Begitupun, Real berpeluang menambah gol kedua pada aksi kelmarin, namun rembatan kencang penyerang Argentina, Javier Saviola berjaya diselamatkan penjaga gol lawan, Sergei Vermenko.

“Kami beraksi secara bertahan dengan cukup baik dan agak jauh daripada kawasan penalti,” Schuster.

“Apa pun, kami bakal berdepan kesukaran selepas ini apabila perlu melalui dua perlawanan penting menentang Barcelona (Liga Sepanyol) dan Zenit pada Disember ini.”

“Saya juga boleh katakan Juventus telah membantu kami dengan keputusan seri yang dicatat ke atas Zenit.” – AP

Kosmo

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: