My Soccer World

Ledakan Klose Julang Bayern

Posted on: November 27, 2008

MUNICH (Jerman): Dua gol babak kedua penyerang, Miroslav Klose menjulang Bayern Munich menang, 3-0 ke atas Steaua Bucharest, semalam untuk melayakkan juara Jerman itu ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Tandukan kencang penyerang skuad juara Piala Dunia, Itali, Luca Toni, melengkapkan kemenangan Bayern di Allianz Arena, Munich untuk membantu barisan Jurgen Klinsmann melepasi saingan Kumpulan F bersama juara Perancis tujuh kali, Lyon.

“Kami gembira, sangat gembira. Pada masa sama, kami gembira kerana berjaya mara dengan baki satu perlawanan untuk dilalui.

“Malah, kami turut gembira kerana prestasi pasukan kian meningkat dalam setiap perlawanan.

“Sejak enam minggu lalu, kami berasakan prestasi pasukan meningkat dengan konsisten dan mencipta lonjakan. Layak ke pusingan berikutnya ternyata satu pencapaian yang baik,” kata Klinsmann.

Pemain tengah Perancis, Franck Ribery sekali lagi menjadi nadi di sebalik deretan bintang Bayern apabila mengemudi jentera tengah pasukan.

Namun, pertemuan itu menjadi pentas Klose, yang meledak tiga gol sepanjang dua aksi terakhir selepas menjaringkan gol ketika menang, 4-1 dalam Bundesliga, Sabtu lalu. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: