My Soccer World

Keyakinan Wenger Melonjak

Posted on: November 27, 2008

LONDON: Arsene Wenger percaya kemenangan 1-0 Arsenal ke atas Dynamo Kiev pada saingan Liga Juara-Juara membawa makna yang lebih besar daripada sekadar layak ke kelompok 16 pasukan terakhir.

Walaupun masih berbaki satu perlawanan di tangan, skuad Gunners layak daripada Kumpulan G hasil jaringan lewat Nicklas Bendtner di Stadium Emirates, awal pagi semalam.

Tetapi selepas tiga kekalahan daripada empat perlawanan, kontroversi yang dicipta pertahanan Perancis, William Gallas sekali gus membuatkan tempatnya selaku kapten kini disandang Cesc Fabregas, Wenger lebih berminat kepada kesan positif terhadap moral pasukan.

Ketika Dynamo hanya mempunyai empat minit untuk mencuri satu mata sekali gus meninggalkan Arsenal melebarkan kemarau jaringan kepada tiga perlawanan, Fabregas membuat hantaran menarik yang disudahkan Bendtner dan mengecewakan penjaga gol lawan, Stanislav Bogush.

Wenger merayakan jaringan itu dan beliau melihat bukan saja peluang Arsenal untuk kempen Eropah semakin menarik tetapi beliau turut menyaksikan saat kebangkitan anak buahnya.

“Ini adalah langkah pertama kami. Apa yang diperlukan pasukan ialah keyakinan dan kami sudah memiliki faktor itu,” katanya.

“Kami menjaringkan gol lewat dan kami lebih baik daripada apa yang diperkatakan orang. Adalah penting untuk bangkit dan menang.

“Nicklas menjaringkan gol hebat. Bola tidak terkena tangannya seperti yang didakwa pemain Kiev. Anda boleh menyaksikan hakikat itu dalam rakaman. Ia hantaran yang baik dari Fabregas dan penyudah yang hebat.

“Saya gembira bagi pihaknya kerana dia menunjukkan sedikit penurunan sejak kebelakangan ini.”

Keputusan Wenger untuk kembali menyenaraikan Gallas di dalam kesebelasan utama dilihat cukup berbaloi walaupun pertahanan Perancis itu pernah mencipta kekecohan. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: