My Soccer World

Ferguson Puas Hati

Posted on: November 27, 2008

VILLARREAL (Sepanyol): Juara bertahan, Manchester United masih gagal untuk bergelar juara Kumpulan E, Liga Juara-Juara tetapi mengesahkan tiket ke pusingan kalah mati selepas seri tanpa jaringan dengan Villareal di El Madrigal, awal pagi semalam.

Villarreal yang masih belum tewas di tempat sendiri dalam kempen Liga Juara-Juara, menyertai United ke kelompok 16 pasukan terakhir dan perlawanan terakhir kumpulan itu akan menentukan siapakah yang akan mengetuai kumpulan berkenaan.

Manchester United yang mempunyai kelebihan jaringan gol yang besar, akan berdepan Aalborg di tempat sendiri pada 12 Disember manakala Villarreal bakal menghadapi saingan lebih sukar apabila bertandang ke Celtic pada hari yang sama.

Sekali lagi, tidak ada yang dapat memisahkan kedua-dua pasukan itu yang tetap gagal menghasilkan gol sepanjang 360 minit permainan di peringkat Eropah walaupun sudah bertemu sebanyak empat kali pada saingan Liga Juara-Juara dan semuanya berkesudahan seri tanpa jaringan.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson berkata beliau kagum dengan persembahan anak buahnya pada babak kedua permainan.

“Saya berpendapat kami sepatutnya mampu menghasilkan keputusan positif,” kata jurulatih kelahiran Scotland itu yang sudah membimbing pasukannya memenangi dua Liga Juara-Juara setakat ini.

“Saya berpuashati dengan persembahan kami pada separuh masa kedua dan saya rasa Villareal tentu gembira apabila seri.”

Cubaan Cristiano Ronaldo sekadar terkena palang pada minit terakhir babak pertama dan United dilihat lebih berpeluang tetapi Villareal juga berhak untuk mencuri mata.

Pertahanan Villarreal, Joan Capdevila dilayangkan kad merah ketika permainan berbaki lapan minit selepas kekasaran terhadap Ronaldo tetapi dia sepatutnya dilayangkan kad kuning dan bukannya kad merah.

“Saya tidak melihat insiden itu dengan jelas,” kata Ferguson.

“Begitupun, saya sudah bercakap mengenai Ronaldo yang memerlukan perlindungan pegawai perlawanan dan petang ini, kami mendapat pengadil yang cukup bagus.”

Jurulatih Villarreal, Manuel Pellegrini cukup gembira apabila layak tetapi lebih bermakna apabila berjaya mengekang United daripada muncul juara kumpulan.

“Bagi kami, ia adalah satu kejayaan besar dan itu membuatkan saya gembira,” kata Pellegrini. “Kumpulan itu akan berakhir seperti yang saya jangka: Manchester United akan mengetuai kumpulan. Saya tidak fikir mereka akan melepaskan peluang untuk mendapat mata ketika bertemu Aalborg di tempat sendiri nanti.” – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: