Crouch Laung Amaran
Posted November 27, 2008
on:- In: AC Milan | Liverpool
- Leave a Comment
PORTSMOUTH: Peter Crouch yakin suasana permusuhan di Fratton Park mampu menyumbang kemenangan sensasi Portsmouth ke atas AC Milan sepanjang sejarah juara Piala FA itu terhadap gergasi Itali terbabit dalam pertembungan Piala Uefa.
Barisan bintang Milan yang bertandang ke England, awal pagi esok perlu mencatat kemenangan untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.
Tetapi, Crouch, penyerang kebangsaan England, memberi amaran buat Ronaldinho dan rakan sepasukannya bahawa pertemuan di Portsmouth yang mampu memuatkan 20,500 tempat duduk, bakal menjanjikan pengalaman baru sepanjang kempen Eropah mereka.
“Peminat kami memainkan peranan penting terhadap pencapaian pasukan musim ini – di tempat sendiri atau lawan – jadi lebih banyak kejayaan akan hadir.
“Saya tidak fikir sesiapa menjangkakan berdepan Milan di Fratton Park tapi kami mampu membuatkan mereka berdepan kesukaran, meraih sokongan peminat dan diharap, ia mampu memberi kelebihan untuk mencipta kejutan,” kata Crouch.
Sekalipun pemain Portsmouth sendiri mengakui masalah kemudahan kelab itu mampu diatasi dan spekulasi kian meningkat mengenai bagaimana sejumlah besar rombongan pegawai Milan dapat menyesuaikan diri untuk bersesak dalam bilik persalinan skuad pelawat.
“Bilik persalinan lebih kecil berbanding biasa, tapi selepas semalam, Paolo Maldini berkata, dia kini sudah dapat menyesuaikan diri,” gurau Crouch.
Penyerang tinggi lampai itu kini berdepan misi peribadi selepas menjadi sebahagian daripada skuad Liverpool, yang menewaskan Milan pada final Liga Juara-Juara Eropah 2007.
Crouch, yang sudah meledak 12 gol dalam 38 perlawanan peringkat Eropah berkata, aksi menentang juara Piala Juara-Juara tujuh kali itu membuktikan dia berada dalam landasan tepat kembali ke pangkuan skuad perairan selatan England itu.
Crouch berkata: “Beraksi menentang Milan umpama mimpi menjadi nyata, terutamanya untuk peminat dan semua orang di Portsmouth begitu juga buat pemain.
“Mereka dijangka beraksi dalam Liga Juara-Juara dan pertemuan ini satu cabaran hebat bagi kami. Faktanya ialah kami akan menentang pasukan seperti ini dan ujian berdepan kelab terbaik dunia ialah kredit diraih Portsmouth,” katanya. – AFP
Harian Metro

Leave a Reply