My Soccer World

Tagih Inspirasi Gerard

Posted on: November 26, 2008

LIVERPOOL: Liverpool bergantung harap pada khidmat kapten berpengaruh, Steven Gerrard yang kembali cergas untuk membantu mereka meneruskan kemaraan ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara dengan kejayaan mengatasi Marseille, awal pagi esok.

Ketiadaan Gerrard begitu dirasakan selepas Reds mensia-siakan peluang terbaik untuk merampas kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris berikutan prestasi hambar ketika seri tanpa jaringan di tempat sendiri, minggu lalu, kepada Fulham.

Bagaimanapun, pemain tengah England itu kini pulih daripada kecederaan pangkal paha sehingga terlepas aksi bersama England pada perlawanan persahabatan menentang Jerman.

Kegagalan mengatasi Fulham pada hari yang turut menyaksikan Chelsea tercicir mata, memuramkan bilik persalinan Liverpool.

Pemain bek, Jamie Carragher menegaskan perkara itu tidak boleh dibenarkan berterusan selepas musim yang bakal menjanjikan sesuatu.

“Sudah tentu, anda mahu menang perlawanan itu tetapi jika gagal, anda tidak boleh terlalu kecewa kerana ia adalah liga sukar dan saya yakin banyak lagi perlawanan seperti itu akan berlaku dari sekarang sehingga Mei nanti,” kata Carragher.

“Perkara paling penting adalah fokus kepada keputusan sendiri tanpa perlu melihat keputusan pasukan lain. Kita patut memberi tumpuan kepada diri dan prestasi sendiri.”

Nada serupa turut dikongsi pengurus Liverpool, Rafael Benitez.

“Kami kecewa perlawanan Sabtu lalu tetapi kita tidak boleh bercakap mengenai perlawanan yang sudah berlalu,” kata jurulatih Sepanyol itu. “Kami perlu mengkaji kesilapan dan menganalisis mengapa ia terjadi serta mencari penyelesaian untuk perlawanan berikutnya.

“Kami kecewa, benar-benar kecewa. Bagaimana kami boleh mengubahnya sekarang? Kami perlu membuat analisis dan bercakap kepada pemain mengenai kesilapan dan cuba menukarnya untuk aksi selepas ini.”

Dengan Gerrard kembali ke dalam pasukan, Benitez bakal mengharapkan pemain tengah itu meneruskan gandingan mantap bersama Fernando Torres yang membolehkan mereka meledak lebih 50 gol pada musim pertama penyerang Sepanyol itu di Anfield.

“Musim lalu, jelas sekali terdapat persefahaman mantap antara Torres dan Gerrard dan ia memberi isyarat gandingan itu lebih baik tahun ini,” kata Benitez.

“Torres kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan dan kami berharap Gerrard juga akan cukup mantap untuk berdepan Marseille.

“Sebagai pengurus, saya tidak selalunya menyanjungi mana-mana pemain tetapi Gerrard dan Torres telah menjaringkan 54 gol sejak bermain bersama, maka jelas sekali gandingan mereka berdua amat penting buat kami.” – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: