My Soccer World

Inspirasi Gerrard Kembali Ditagih

Posted on: November 26, 2008

LIVERPOOL: Sentuhan ajaib Steven Gerrard ditagih semula Liverpool ketika menyambut kepulangan kapten mereka daripada kecederaan menjelang pertemuan penting menentang Marseille, hari ini (awal pagi Khamis waktu Malaysia) untuk mengesahkan tiket ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah.

Ketiadaan aksi amat dirindu penyokong The Reds yang hampa menyaksikan kelab berkenaan melepaskan peluang terbaik untuk menerajui carta Liga Perdana Inggeris selepas seri 0-0 ketika menentang Fulham di Anfield.

Selain Liverpool, kelibat Chelsea, Inter Milan dan Athletico Madrid turut menarik tumpuan kerana seperti barisan pimpinan Rafael Benitez mereka mahu menang dan mendahului kumpulan masing-masing buat mengukuhkan cengkaman.

Gergasi Sepanyol, Barcelona pula sekadar memerlukan seri ketika menentang Sporting Lisbon dan kekal selaku pendahulu Kumpulan C.

Rasa ceria terpancar kembali di Liverpool dengan status Gerrard yang dikatakan sudah pulih daripada kecederaan bahagian kelenjar yang turut menyisihkan dirinya daripada aksi membantu England menentang Jerman, minggu lalu.

Pengurus pasukan, Benitez beranggapan apa yang lebih penting pada peringkat ini adalah Liverpool tidak harus mengharapkan bantuan daripada keputusan perlawanan lain.

“Kami harus menumpu kepada kemampuan diri dan bukan kepada faktor nasib atau keputusan pihak lain,” katanya.

Dengan kepulangan Gerrard, pengendali itu mengharapkan perancang pasukan itu dapat bergandingan semula dengan ayam tambatan mereka, Fernando Torres selepas keringat mereka menghasilkan lebih 50 gol musim lalu.

“Persefahaman di antara Torres dan Gerrard hebat musim lalu dan sudah ada petanda gandingan itu akan bertambah mantap musim ini.

“Sebagai pengurus saya tidak suka mengutarakan kehebatan individu tetapi Gerrard dan Torres sudah menyumbat kira-kira 54 gol sesama mereka sejak bermain bersama dalam pasukan. Ia jelas betapa sumbangan mereka penting untuk pasukan,” katanya. – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: