My Soccer World

Chelsea Lebih Yakin Kunjung Tempat Lawan

Posted on: November 26, 2008

BORDEAUX (Perancis): Chelsea boleh menempah tempat pada peringkat kalah mati Liga Juara-Juara untuk musim ketujuh berturut-turut melalui kemenangan mengatasi Bordeaux, awal pagi esok.

Bagaimanapun, pasukan tuan rumah akan mengharungi perlawanan itu dengan mengetahui skuad kendalian Luis Felipe Scolari kini dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini dan kemenangan di stadium kecil Chaban-Delmas akan mengubah persaingan Kumpulan A.

Bordeaux akan beraksi pada perlawanan itu terikat enam mata dengan Roma tapi tertinggal kerana perbezaan gol dan satu mata di belakang kelab barat London itu manakala pasukan bukan pilihan, CFR Cluj dari Romania juga berada dalam saingan dan bakal memulakan saingan di tempat sendiri menentang kelab Itali itu dengan empat mata.

Andainya kedua-dua perlawanan memihak kepada pasukan tuan rumah, persaingan kumpulan itu akan ditentukan pada perlawanan terakhir apabila Chelsea menjadi tuan rumah menanti Cluj manakala Bordeaux berkunjung ke ibu negara Itali itu pada 9 Disember.

“Dua kekalahan berturut-turut sudah cukup sukar sebelum menanti kunjungan Chelsea,” kata budak emas Bordeaux, Yoann Gourcuff, yang dipinjamkan daripada AC Milan.

Naib juara Perancis musim lalu itu bakal mengalu-alukan kehadiran semula bekas penjaga gol antarabangsa Perancis, Ulrich Rame yang kelihatan dapat mengatasi masalah kecederaan otot perut.

“Saya harap dapat bersedia untuk Chelsea,” katanya.

Pada masa sama, Scolari mengakui beliau perlu menukar strategi untuk mengatasi taktik bertahan pasukan yang berkunjung ke Stamford Bridge tetapi sedikit terharu berikutan prestasi memberangsangkan di tempat lawan yang menyaksikan mereka mencipta rekod memenangi 10 perlawanan berturut-turut pada Liga Perdana Inggeris, termasuk tujuh daripada tujuh musim ini.

“Lebih mudah bagi kami untuk menang di tempat lawan berbanding di tempat sendiri,” kata Scolari. “Kami akan bertandang ke Bordeaux untuk mencipta kejayaan dan kami perlu menang di Perancis untuk mara ke pusingan seterusnya.”

Chelsea juga perlu meningkatkan prestasi berikutan kekalahan teruk di Rome jika mereka berharap untuk mengulangi pencapaian musim lalu mara ke final Liga Juara-Juara.

“Jika kami terus bermain seperti itu, kami tidak akan pergi ke mana-mana untuk menghampiri final Liga Juara-Juara,” akui kapten, John Terry merujuk keputusan di Rome.

Chelsea mara jika menang manakala Bordeaux memerlukan satu mata atau menang untuk menghidupkan peluang menjelang perlawanan terakhir di Rome dengan berpeluang mara ke peringkat kalah mati buat kali pertama. – AFP

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,632 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: