My Soccer World

Barcelona Tak Harap Messi

Posted on: November 26, 2008

LISBON: Barcelona berpeluang mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah dan membuktikan mereka tidak terlalu mengharapkan ketajaman penyerang, Lionel Messi untuk mencatat kemenangan menjelang kunjungan ke Sporting Lisbon, awal pagi esok.

Rekod kemenangan sembilan perlawanan milik Barca dalam Liga Primera, lebur apabila seri 1-1 menentang Getafe di tempat sendiri, Ahad lalu tatkala barisan Pep Guardiola bergelut untuk memecahkan rentak permainan lawan.

Messi, kelahiran Argentina, meledak empat gol peringkat kumpulan musim ini, terpaksa berada di tempat duduk penonton sebagai langkah berjaga-jaga selepas ditimpa kecederaan paha, minggu lalu dan sekalipun disenaraikan dalam kunjungan ke Portugal – aksinya belum dapat dipastikan.

“Lionel amat penting dalam pasukan dan ternyata, kehadirannya amat dirasai apabila tidak beraksi. Tapi, kami tidak boleh sentiasa menanti atau bergantung kepada seseorang individu.

“Setiap pemain memiliki kualiti untuk disumbangkan kepada pasukan,” kata penjaga gol, Victor Valdes pada sidang media.

Penyerang remaja, Bojan Krkic bergerak bebas di posisi sayap kanan berdepan Getafe, namun bergelut untuk menghadirkan keberkesanan dan dilihat kecewa di bangku simpanan selepas dikeluarkan pada babak kedua.

Dia mungkin membarisi kesebelasan utama di Lisbon dengan Samuel Eto’o dan Thierry Henry bergandingan di jentera serangan. Pemain tengah, Andres Iniesta dan pertahanan, Eric Abidal digugurkan ekoran kecederaan.

Kapten, Carles Puyol dan pemain tengah, Yaya Toure direhatkan kerana mengadu ditimpa kecederaan kecil.

Barca menewaskan Sporting, 3-1 di Nou Camp, September lalu dan tidak pernah tewas dalam empat aksi terdahulu sekalipun terikat, 1-1 menentang FC Basel di tempat sendiri pada pertemuan terakhir.

Barca dan Sporting awal-awal lagi sudah menempah tiket ke peringkat kalah mati dengan skuad Catalans memiliki kelebihan satu mata ke atas Sporting, yang mencatat penampilan pertama dalam kelompok 16 pasukan terakhir. – Agensi

Harian Metro

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,592 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: