My Soccer World

Arsenal, MU Mara Gaya Berbeza

Posted on: November 26, 2008


PEMAIN Arsenal, Nicklas Bendtner meraikan gol jaringannya ketika menentang Dynamo Kiev, dalam aksi Kumpulan G di Stadium Emirates, kelmarin. Bendtner kemudian diberi kad kuning kerana membuka baju ketika meraikannya.

VILLARREAL: Juara bertahan, Manchester United gagal meraih tempat teratas Kumpulan E, Liga Juara-juara Eropah tetapi tetap layak ke peringkat kalah mati selepas satu lagi keputusan seri 0-0 dengan Villarreal di Stadium El Madrigal, awal pagi semalam.

Satu lagi kelab senegara, Arsenal yang terdahulu dilanda krisis dalaman kembali semula ke landasan kemenangan selepas menewaskan Dynamo Kiev 1-0 di Stadium Emirates untuk mengiringi juara Inggeris itu ke kelompok 16 terakhir bagi edisi kali ini.

Juara sembilan kali, Real Madrid pula harus berterima kasih kepada jaringan awal Raul untuk mengatasi BATE Borisov 1-0 yang membantu gergasi Sepanyol itu turut layak ke peringkat kalah mati.

Villarreal, belum kecundang di tempat sendiri dalam Liga Juara-juara, menyertai United dalam kelompok 16 pasukan terakhir apabila kedua-dua mengutip sembilan mata dengan perlawanan terakhir kumpulan bakal menjadi penentu identiti juara kumpulan berkenaan.

Sekali lagi, tiada pembeza dua pasukan yang gagal menjelmakan gol sepanjang 360 minit aksi selepas empat kali pertemuan dalam Liga Juara-juara berakhir dengan keputusan 0-0.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson, berkata dia teruja dengan persembahan pasukan pada separuh masa kedua.

“Saya fikir kami berhak mendapat sesuatu lebih baik daripada perlawanan ini. Saya puas hati dengan persembahan babak kedua dan berasa Villarreal cukup gembira mendapat keputusan seri,” katanya.

Cristiano Ronaldo menyaksikan percubaannya terkena palang pada penghujung separuh masa pertama untuk United – yang punya lebih banyak peluang baik – tetapi Villarreal juga sebenarnya berpeluang untuk mencuri mata penuh.

Pemain pertahanan Villarreal, Joan Capdevila ditimpa malang kerana diperintah keluar padang angkara apa yang mungkin sepatutnya hanya kad kuning dan bukan merah.

“Saya tidak nampak betul-betul insiden itu,” kata Ferguson.

“Walau bagaimanapun, saya sudah sebelumnya bercakap mengenai betapa penting Ronaldo mendapat perlindungan daripada pegawai perlawanan dan kali ini, kami beruntung kerana mendapat pengadil yang baik.” – AFP

Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog Stats

  • 28,560 hits

Top Clicks

  • None

Categories

%d bloggers like this: